awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Guru rimba' sukarela bantu pelajar tercicir

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/06/2023
00:30 MYT
'Guru rimba' sukarela bantu pelajar tercicir
Kebanyakan ibu bapa Orang Asli tidak mahu menghantar anak mereka yang masih kecil ke SK Kuala Betis kerana jaraknya jauh dari Pos Gob. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Dua wanita Orang Asli suku kaum Temiar gigih mengajar anak komuniti Orang Asli Pos Gob, di Gua Musang, Kelantan yang tercicir kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran di sekolah arus perdana sejak enam tahun lalu.
Malina Jasmin, 35, dan Norazsikin Azmi, 28, mengajar seramai 25 orang kanak-kanak berusia antara 4 hingga 9 tahun di Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob yang ditubuhkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama CIMB Islamic.
Malina berkata, kebanyakan ibu bapa Orang Asli tidak mahu menghantar anak mereka yang masih kecil ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis kerana jaraknya jauh dari Pos Gob.
Katanya, disebabkan itu pihak UKM bersama CIMB Islamic telah menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Komuniti untuk membantu kanak-kanak Orang Asli mendapat pendidikan awal sebelum diserapkan ke sekolah aliran utama.
"Lepas habis belajar sini mereka akan sambung di SK Kuala Betis untuk Tahun Empat.
"Jarak dari sini ke Kuala Betis tu memang jauh sebab tu ibu bapa tak bagi umur 7-9 tahun. 10 tahun dia boleh lepas sebab dah boleh berdikari. Dia lebih besar dari 7 tahun.
"Pengalaman saya mengajar sebagai tenaga pengajar di sekolah sini saya rasa seronok sebab bila kita bersama anak murid sendiri, kita senang berkomunikasi, senang mengajar supaya mereka boleh faham," katanya.
Sementara itu, Norazsikin berkata, mereka mengajar kanak-kanak itu secara sukarela.
Jelasnya, kelas dibuka pada jam 9 hingga 11 pagi setiap hari.
"Pos Gob sebenarnya perlukan satu sekolah untuk kanak-kanak bawah 7 tahun hingga 9 tahun sebab untuk ibu bapa yang tak dapat anak ke sekolah kerana sekolah jauh dan risau keadaan anak.
"Bila tengok mereka tak dapat pergi sekolah itu adalah rasa macam kecewa sikit, rugi, sedih sebab rugilah mereka tak dapat belajar dari umur mereka 7-9 tahun," katanya.
Dua ‘guru rimba’ itu berkata, kanak-kanak di Pos Gob akan ke sekolah arus perdana apabila berusia 10 tahun.
Pos Gob terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Gua Musang.
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#guru rimba
#Pelajar Tercicir
#Pos Gob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan