MALAYSIA
Guru rugi lebih RM400,000 diperdaya sindiket panggilan telefon
Suspek menunjukkan dokumen palsu yang mempunyai logo rasmi Jabatan Kehakiman Sabah dan waran tangkap atas nama mangsa. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan seorang guru lelaki kerugian RM446,200 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam pada 28 Jun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 52 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat insurans.
Beliau berkata suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes tuntutan perubatan palsu berjumlah RM12,000 dan disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis untuk tindakan lanjut.
"Suspek mendakwa mangsa turut terlibat dalam kes penggubahan wang haram bersama seorang individu. Dia (mangsa) diarah berhubung dengan dua lagi rakan suspek yang menyamar sebagai polis dan pegawai kehakiman.
"Suspek menunjukkan dokumen palsu yang mempunyai logo rasmi Jabatan Kehakiman Sabah dan waran tangkap atas nama mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang ketakutan telah membuat beberapa pinjaman peribadi, kad kredit dan meminjam wang daripada ahli keluarga untuk membayar kos guaman dan jaminan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Mangsa juga diugut supaya tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarga kerana kononnya terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Mangsa telah membuat 23 transaksi berjumlah RM446,200 ke 16 akaun berbeza dalam tempoh 26 Julai hingga 19 Okt lepas.
"Dia menyedari ditipu setelah mendapati dokumen yang ditunjukkan adalah palsu dan usaha menghubungi suspek gagal," katanya.
-- BERNAMA