awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi lebih RM527,000 terperdaya sindiket penipuan

Bernama
Bernama
19/09/2024
09:09 MYT
Guru rugi lebih RM527,000 terperdaya sindiket penipuan
Mangsa terima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai 'pegawai MCMC' dan memaklumkan terdapat aduan mengenai nombor telefon mangsa.
KUANTAN: Seorang guru mengalami kerugian lebih RM527,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 51 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan terdapat aduan mengenai nombor telefon mangsa.
Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambung kepada suspek yang kononnya pegawai polis dan mangsa diberitahu mempunyai barang yang menyalahi undang-undang serta terlibat dengan pengubahan wang haram sehingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
"Mangsa telah diarahkan membuka akaun bank baharu bersama kad ATM dengan nombor pin yang diberikan suspek. Dalam tempoh 9 hingga 13 Sept lepas mangsa diminta memindahkan semua wang simpanan dan hasil jualan barang kemas ke akaun bank berkenaan bagi tujuan siasatan.
Beliau berkata mangsa juga diarahkan membuat pinjaman peribadi sebanyak RM250,000 dan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank baharu berkenaan sebelum suspek meminta mangsa meletakkan kad ATM tersebut di lokasi yang diberikan,.
Wanita itu kemudiannya mengesyaki diperdaya justeru membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan diri menjadimangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan