awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
Iran rancang hantar 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026
Malaysia sapu bersih acara beregu, cipta sejarah luar biasa di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi RM325,000 terperdaya phone scam

Bernama
Bernama
25/01/2026
15:45 MYT
Guru rugi RM325,000 terperdaya phone scam
Yahaya berkata wanita itu telah membuat 21 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan pinjaman bank ke lima akaun bank berbeza, dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025. - Gambar hiasan/Freepik
KUANTAN: Seorang guru kerugian RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Ringkasan AI
  • Seorang guru mengalami kerugian sebanyak RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai AMLA.
  • Mangsa membuat 21 transaksi pindahan wang ke lima akaun bank berbeza dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025 setelah dipercayai oleh suspek palsu.
  • Ketua Polis Pahang menasihati orang ramai agar berhati-hati dan membuat semakan nombor akaun sebelum membuat sebarang transaksi berikutan peningkatan kes penipuan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan daripada individu terbabit dengan mendakwa mangsa telah membuka beberapa akaun bank di Johor, selain terlibat dengan kes pengubalan wang haram.
"Mangsa diarahkan untuk memindahkan wang sebagai wang jaminan ke beberapa akaun bank yang diberikan oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita itu telah membuat 21 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan pinjaman bank ke lima akaun bank berbeza, dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025.
"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal menghubungi suspek, nombor telefon telah disekat serta wangnya tidak dipulangkan seperti dijanjikan," katanya.
Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali khususnya yang mendakwa daripada agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.
Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMLA
#pengubahan wang haram
#sindiket
#institusi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan