MALAYSIA
Guru sekolah agama maut kereta bertembung lori
MARAN: Perjalanan seorang guru Sekolah Menengah Agama (SM) Al-Basriah Kuala Tembeling, Jerantut pulang ke rumah bertukar tragedi apabila maut selepas kereta yang dipandunya bertembung lori mesin gerudi di Jalan Besar Jengka 20, di sini, pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang guru Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Nurfarah Izyan Ismail, maut dalam kemalangan di Jalan Besar Jengka 20 selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori mesin gerudi.
- Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Gau, Temerloh; keretanya hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan lori.
- Pemandu lori mengalami patah paha kiri, dua penumpang cedera ringan dan seorang tidak cedera; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta itu dalam perjalanan dari tempat kerja di sekolah terbabit ke rumahnya di Sungai Gau, Temerloh.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan masuk arah bertentangan dan bertembung dengan lori.
"Kemalangan menyebabkan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat manakala pemandu lori iaitu lelaki berusia 51 tahun patah paha kiri," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Ujarnya, dua penumpang iaitu lelaki berusia 25 dan 45 tahun mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi penumpang, lelaki berusia 53 tahun tidak cedera.
Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan lanjut dan bedah siasat dijalankan di hospital sama.
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambahnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami