awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sekolah rendah ditahan, tumbuk dan halang tugas polis

Qaisara Umaiyah
Qaisara Umaiyah
04/02/2020
21:16 MYT
Guru sekolah rendah ditahan, tumbuk dan halang tugas polis
Suspek bagi kes jenayah berjaya ditangkap bersama guru tersebut yang juga merupakan bapa saudara suspek. - Gambar fail
Seorang guru ditahan apabila cuba berkelakuan seperti 'samseng' di padang bola sepak bandaran di sini kira-kira pukul 5 petang Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor, guru berusia 54 tahun itu mengajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah ini.
Katanya, selain bertindak kasar dan menghalang tugas pegawai polis, guru itu juga telah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
"Sewaktu kejadian, seorang pegawai berpangkat inspektor sedang menjalankan tugas mengesan dan membuat tangkapan seorang suspek bagi kes jenayah Seksyen 379, 427 dan 323 Kanun Keseksaan.
"Setiba di tempat kejadian, pegawai polis tersebut telah dihalang, ditolak dan ditumbuk di bahagian perut sebanyak dua kali oleh guru terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Nasri, suspek bagi kes jenayah berjaya ditangkap bersama guru tersebut yang juga merupakan bapa saudara suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#bapa saudara suspek
#bola sepak
#guru
#halang tugas polis
#jenayah
#kasar
#Lahad Datu
#mengasari polis
#Nasri Mansor
#padang bola sepak
#polis
#sekolah
#sekolah rendah
#suspek
#tumbuk perut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan