awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, suami dirakam percakapan bantu kes pelajar mati gantung diri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/02/2018
06:42 MYT
Guru, suami dirakam percakapan bantu kes pelajar mati gantung diri
selain itu kira-kira 30 saksi termasuk dua pasangan itu telah dirakam percakapan oleh pihak polis.
Polis telah merakam percakapan seorang guru dan suaminya yang dipercayai menuduh seorang pelajar tingkatan dua mencuri telefon bimbit hingga mengakibatkan pelajar berkenaan menggantung diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supritendan Shafee Abd Samad berkata, guru berusia 46 tahun dan suaminya, 48 tahun dirakam percakapan selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa berhubung kejadian itu.
Menurutnya, selain itu kira-kira 30 saksi termasuk dua pasangan itu telah dirakam percakapan oleh pihak polis.
"Kita telah rakam percakapan selepas satu laporan polis dibuat oleh orang yang tidak berpuas hati (keluarga). Malah siasatan kita telah lengkap dan masih tunggu timbalan pendakwa raya tentukan berhubung kesalahan yang dilakukan," katanya.
Pada 24 Januari lalu, pelajar tingkatan dua dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan sari di biliknya selepas tertekan kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.
Kejadian disedari bapanya yang bergegas membawa remaja itu ke hospital untuk rawatan.
Bagaimanapun remaja berusia 14 tahun itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas dirawat sejak 24 Januari lalu.
Hasil bedah siasat yang dijalankan hospital mengesahkan kematian pelajar itu adalah disebabkan gantung (gantung diri).
Topic Berkaitan
#gantung diri
#guru
#Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan
#rakam percakapan
#saksi
#Supritendan Shafee Abd Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan