MALAYSIA
Guru tadika dipatuk anak ular tedung senduk
Seorang guru tadika di Pasir Puteh berdepan detik cemas apabila dipatuk seekor anak ular tedung senduk ketika berada di dalam tandas pada Ahad. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Seorang guru tadika di sini berdepan detik cemas apabila dipatuk seekor anak ular tedung senduk ketika berada di dalam tandas pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu, wanita berusia 20an tersebut dipatuk di bahagian tangan kanannya semasa hendak mengalihkan baldi.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian hanya disedari selepas merasai tangan kanannya digigit sesuatu.
"Saya terus berlari keluar dari tandas dan memaklumkan kepada seorang lagi guru serta pembantu mengenai kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya, rakan-rakan terus membawanya ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawatan.
Ujarnya, sebelum itu sudah ada dua kali kanak-kanak menggunakan tandas namun tiada apa yang berlaku.
"Saya bersyukur sekurang-kurangnya ia tidak melibatkan murid di sini.
"Alhamdulillah keadaan saya stabil dan sedang berehat di rumah sekarang. Bila difikirkan kembali, terasa fobia untuk menggunakan tandas," katanya yang telah menjalani pemeriksaan darah serta jantung oleh pihak hospital.
Menurutnya, anak ular terbabit dipercayai masuk ke tandas melalui lubang udara.
Ujar guru tersebut, dia hanya sempat melihat reptilia itu menyusur keluar melalui lubang tersebut dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut. - Sinar Harian