KEPALA BATAS: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memberikan sagu hati RM750 kepada setiap guru takmir di negeri itu sempena Ramadan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata pihaknya memperuntukkan sejumlah RM159,000 untuk sagu hati kepada 212 guru takmir berkenaan.
"Semoga pemberian sagu hati ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban perbelanjaan guru-guru takmir bersama ahli keluarga mereka pada Ramadan dan seterusnya meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Ijtimak dan Iftar Jamaie Guru Takmir Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.
Turut hadir, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dan Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Roslan Said.
Ahmad Zakiyuddin berkata MAINPP turut memperuntukkan RM500,000 setiap tahun bagi pembiayaan pelaksanaan program, aktiviti dan kursus keilmuan kepada guru takmir di negeri itu dalam usaha meningkatkan kemahiran ilmu dalam kalangan mereka.
Beliau berkata Jakim pula menyediakan peruntukan sagu hati bagi membayar elaun sagu hati mengajar kepada setiap guru takmir dengan bayaran elaun RM100 bagi setiap sesi mengajar atau maksimum sembilan kali mengajar iaitu menyamai RM900 sebulan.
"Saya berharap semua guru takmir di Pulau Pinang dapat menyertai semua kursus dan program yang dianjurkan sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Ini antara usaha MAINPP meningkatkan lagi ilmu mereka," katanya.
Sementara itu, Roslan berkata Jakim bersetuju menambah sebanyak 49 kuota perjawatan bagi guru takmir di Pulau Pinang menjadikan jumlah 261 orang di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Jakim bersetuju menambah sebanyak 49 kuota perjawatan bagi guru takmir di Pulau Pinang menjadikan jumlah 261 orang di Pulau Pinang. - Gambar hiasan/ Astro AWANI

Pelantikan dalam tempoh 48 jam
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh belum dapat mengesahkan sama ada pelantikan itu akan turut melibatkan wakil rakyat daripada blok Pakatan Harapan (PH). Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib kehabisan 'saluran' rayuan
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua saluran rayuan dalam kes rasuah SRC Internation di peringkat mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.
![[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri [INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016549/8967789641680265927226_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri
Bantuan khas kewangan Aidilfitri

Dialog Pocket Rakyat : Hutang lama, hutang baru
Pindaan Akta Insolvensi 1967 peluang kedua warga muflis? Sejauhmanakah pelepasan bankrap memupuk kesedaran literasi kewangan dan perundangan? Mampukah individu menahan nafsu daripada terjerat hutang baru? Diskusi 8:30 malam.

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Perak mulakan pemilihan Orang Asli sebagai guru takmir
Daerah yang telah dan akan menjadi pusat lokasi temu duga ialah Kuala Kangsar, Gerik dan Muallim.

Guru takmir di Pulau Pinang terima sagu hati RM750
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memberikan sagu hati RM750 kepada setiap guru takmir di negeri itu sempena Ramadan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Belanjawan 2021: Guru takmir, KAFA, imam antara bakal terima bayaran khas RM500
RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM16,800
Tertuduh, Norlizah Mohd Jani, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Kerjasama antara pusat dan Kelantan akan dilaksana bagi kemajuan Islam - Zulkifli
Pihaknya juga akan membantu menyalur bantuan untuk menaik taraf pondok dan sekolah agama di negeri ini, namun ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

JAIS lancar program Tazkirah Bersama Guru Takmir di Sarawak
JAIS melancarkan program Tazkirah Bersama Guru Takmir secara dalam talian untuk memastikan penyampaian ilmu dan maklumat agama terus dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Elaun guru takmir masjid dibayar penuh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan - Jakim
Seramai 4,000 guru takmir masjid lantikan Jakim akan menikmati bayaran elaun penuh sebanyak RM800, walaupun sesi pembelajaran tidak dapat diadakan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Semua agensi bawah JPM akan diaudit semula - Mujahid
Menteri di JPM Datuk Dr Mujahid Yusof berkata beliau tidak akan berdiam diri atau membiarkan sebarang bentuk penyelewengan terdahulu kerana agensi berkenaan berkaitan dengan kepentingan awam.