Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki

Nur Fazlizai Ali
April 21, 2024 09:41 MYT
Polis sedang mengesan suspek yang berusia 49 tahun. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian itu, suspek guru lelaki berkenaan didakwa bertindak menumbuk dan menyepak mangsa yang berusia 32 tahun.
Katanya kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kantin di sekolah berkenaan kira-kira 6.55 pagi.
"Susulan kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga seorang guru Bahasa Inggeris cedera di mata kiri," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata usaha mengesan suspek yang berusia 49 tahun masih giat dijalankan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
#kes gaduh #guru tumbuk guru #terengganu #guru cedera