awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan

Bernama
Bernama
26/12/2024
12:47 MYT
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
IPOH: Polis mengesahkan guru wanita berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 Dis lepas ditemukan selamat di Teluk Intan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihak polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian OH (orang hilang) ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata pihak polis daerah Ipoh mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-254 2222.
Pada 21 Disember lepas, polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Dis lepas setelah laporan kehilangan itu dibuat oleh adiknya di Balai Polis Tampoi, Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru wanita
#hilang
#guru hilang
#polis
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan