awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut

Azee Shafy
Azee Shafy
03/07/2023
04:22 MYT
Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut
Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang dipercayai terlibat kes ragut di sebuah pasar raya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab di Temerloh, Pahang. - Foto ihsan PDRM
TEMERLOH: Seorang guru wanita berusia 49 tahun kerugian kira-kira RM30,000 selepas rantai emas miliknya diragut di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab, dekat sini, pada Ahad.
Dalam kejadian 1.07 petang itu, mangsa diragut seorang penunggang motosikal ketika dia bersama anaknya sedang berjalan ke arah keretanya sebaik selesai membeli barangan di pasar raya tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Roslee Omar berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek menunggang Yamaha Y16 berwarna biru putih.
"Suspek dipercayai seorang lelaki tempatan, yang meragut rantai leher emas wanita itu, sebelum memecut motosikalnya dan melarikan diri.
"Bagaimanapun, mangsa dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.
Menurutnya, semasa kejadian, mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan segera meninggalkan lokasi kejadian untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh pada jam 1.40 petang hari sama.
Ujar beliau, pihaknya sudah meneliti rakaman CCTV yang terdapat di kawasan sekitar lokasi kejadian
"Berdasarkan rakaman itu, suspek melakukan jenayah ragut berkenaan secara bersendirian, memakai topi keledar warna kelabu bersama cermin penutup gelap.
"Namun, nombor pendaftaran motosikal suspek tidak jelas dalam rakaman itu,” katanya lagi
Pihak polis masih menjalankan siasatan.
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#ragut
#guru wanita kerugian
#rantai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan