awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita rugi RM23,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon

Bernama
Bernama
03/06/2025
12:57 MYT
Guru wanita rugi RM23,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa Touch 'n Go miliknya digunakan untuk mencuri wang daripada akaun orang lain. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang guru wanita kerugian RM23,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Touch 'n Go dan pihak berkuasa pada 29 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata guru berusia 26 tahun yang mengajar di sebuah sekolah di Pauh, Arau itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 12.21 tengah hari, yang memaklumkan Touch 'n Go miliknya digunakan untuk mencuri wang daripada akaun orang lain.
"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada pihak berkuasa (iaitu) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang kononnya mendakwa mangsa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.
"Guru ini diminta untuk membuat pemindahan wang ke akaun sebuah bank yang diberikan suspek berjumlah RM23,000 dengan satu kali transaksi bagi mengelakkan akaun banknya dibekukan dan mangsa membuat transaksi pindahan wang itu pada hari sama, 29 Mei lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mohsin berkata guru itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas menyemak semula maklumat dan membuat laporan polis pada keesokan harinya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#guru kerugian
#sindiket penipuan
#panggilan telefon
#Touch 'n Go
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan