Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan daripada nombor tidak dikenali mendakwa kononnya dia terbabit dengan sindiket pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, guru di sebuah sekolah di Changlun berusia 51 tahun itu menerima panggilan berkenaan pada 26 Jun lalu.
Beliau berkata, wanita itu kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa pegawai Pos Malaysia mengatakan kononnya dia telah menghantar satu bungkusan mengandungi kad pengenalan serta kad bank miliknya.
"Panggilan kemudian disambung kepada individu lain yang menggelarkan diri sebagai 'Inspektor Mazlan' kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban.
"Seterusnya mangsa disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Inspektor Chong' menawarkan diri untuk membantunya dalam kes terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, suspek meminta mangsa membuat bayaran bagi menyelesaikan kes berkenaan pada hari yang sama.
Disebabkan takut, mangsa kemudian membuat 37 transaksi menggunakan empat akaun bank secara berperingkat sebanyak RM333,000 antara 26 Jun hingga 3 Julai lalu.
Bagaimanapun, mangsa sekali lagi menerima panggilan pada 6 Julai lalu daripada seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan dia disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan memintanya membayar RM100,000 untuk tujuan jaminan.
Elias berkata, mangsa mulai curiga dan menyedari ditipu, menyebabkan dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kejadian itu.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 08 2020

Suspek meminta mangsa membuat bayaran bagi menyelesaikan kes berkenaan pada hari yang sama.

TERKINI | SPRM tahan pengarah syarikat di Johor Bahru
Ini berita terbaharu diterima. Seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan isu kartel daging sejuk beku.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, dua kematian dilaporkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 100 kes positif COVID-19 di negeri itu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin [INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/19453508731610963386969/1886119_8967789641610963535408_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin

Berita gembira, kerajaan umum "one-off' RM500 kepada pemandu teksi, bas
Muhyiddin Yassin berkata, ia akan memberi manfaat kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok
Keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Pengguna domestik, bukan domestik terima rebat elektrik 2 sen setiap kWj
Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam.

Pengisytiharan darurat bertujuan mengekang COVID-19
PM sekali lagi menegaskan pengisytiharan darurat semata-mata bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosioekonomi negara.

Akses maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan tersedia
Semua pihak boleh melayari Portal Manfaat Belanjawan 2021 mulai hari ini, di alamat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

Diskaun khas bil elektrik kepada 6 sektor
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.