Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 59 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
JPV dalam satu kenyataan hari ini berkata sehingga kini, 36 lokasi disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu 15 lokasi di Kota Bharu, enam di Pasir Mas, lima di Tumpat, enam di Bachok, tiga di Pasir Puteh, dan satu di Tanah Merah, melibatkan 51 premis.
"Jumlah pelupusan adalah 56,953 ekor ternakan unggas dan 17,531 biji telur. Bagi aktiviti pemantauan, jumlah sampel yang diambil 3,792 daripada 647 pemilik," menurut kenyataan berkenaan.
Melalui operasi sekatan jalan raya di empat lokasi strategik pula, sebanyak 21,764 kenderaan telah diperiksa dengan 61 kes rampasan melibatkan 286 ekor unggas.
Menurut JPV, setakat ini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia manakala negeri lain pula kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran kerana ia dikeluarkan oleh penternak di negeri yang bebas penyakit tersebut.
Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri susulan kematian ayam kampung akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini pada 6 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2017
Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran. -Gambar fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung
Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu
Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak
Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 .
Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Februari 2020.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.
Ayam di pasaran tidak dijangkiti selesema burung - JPV
Pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ayam yang dijual di pasaran kerana ia selamat daripada jangkitan selesema burung.
10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung
Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu.
H5N1: Tiada kes baharu dikesan di Kelantan
Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 59 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Wabak selesema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis
Ujian makmal mengesahkan kehadiran wabak influenza H5N8 itu daripada burung-burung dan ladang ternakan di dua daerah terpencil berdekatan bandar di barat Niort, jelas wilayah Deux-Sevres.
Tiada virus H7N9 dikesan sehingga kini
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata tiada virus H7N9 di kesan pada unggas hidup di negara ini.