awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/08/2021
04:57 MYT
Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan beberapa ketetapan baharu berhubung had jemaah solat dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 Labuan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengumumkan beberapa ketetapan baharu berhubung had jemaah solat dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 Labuan.
Jawi berkata, bilangan jemaah di semua masjid zon, masjid kariah, surau Jumaat dan surau yang diberi kebenaran khas untuk Jumaat, dibenarkan mengisi jemaah sehingga separuh kapasiti sebenar.
"Manakala bilangan jemaah bagi solat Fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.
"Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran separuh kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Dalam pada itu, Jawi turut menyatakan bilangan had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau kawasan PPN Fasa 1 (Kuala Lumpur dan Putrajaya) kekal seperti ketetapan sebelum ini.
"Walau bagaimanapun, tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan tidak melebihi 30 minit.
"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.
"Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir," jelasnya.
Topic Berkaitan
#aktiviti keagamaan
#COVID-19
#Islam
#JAWI
#Kuala Lumpur
#Labuan
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#Putrajaya
#solat fardu
#Solat Jumaat
#SOP
#vaksin
#vaksin lengkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan