awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had jemaah solat, aktiviti agama di Kelantan ikut kapasiti masjid, surau mulai hari ini

Bernama
Bernama
05/01/2022
02:21 MYT
Had jemaah solat, aktiviti agama di Kelantan ikut kapasiti masjid, surau mulai hari ini
Kelantan benarkan jemaah tunai solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid, surau serta musala mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.6 meter, berkuat kuasa hari ini. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KOTA BHARU: Kelantan yang kini berada dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid, surau serta musala mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.6 meter, berkuat kuasa hari ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu serta aktiviti keagamaan seperti majlis zikir, kelas al-Quran dan kuliah umum di seluruh negeri itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
"Prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"Pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan SOP dinyatakan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau serta musala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Rizam berkata sekiranya didapati mana-mana masjid, surau dan musala melanggar SOP yang ditetapkan, pihaknya akan mengarahkan supaya ia ditutup.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 3 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPN
#solat fardu
#Kelantan
#Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan