awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had laju tak naik, kekal 110 km/j

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2024
06:55 MYT
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Anthony Loke berkata, buat masa ini had laju di Malaysia masih lagi kekal 110 kilometer per jam (km/j). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, buat masa ini had laju di Malaysia masih lagi kekal 110 kilometer per jam (km/j).
"Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan secara amnya, belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.
"Untuk makluman, bidang kuasa untuk menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) semasa sesi Pertanyaan Menteri-menteri, mengenai statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120km/j.
Sementara itu jelasnya, sebanyak 556,055 notis telah dikeluarkan pada tahun 2023 bagi kesalahan melebihi had laju melibatkan Kamera-Kamera Perangkap Had Laju (AwAS) di seluruh negara.
“Lokasi yang telah merekodkan ramai pemandu melebihi had laju adalah di KM382.8 Lebuhraya PLUS–Behrang, Perak (Arah Selatan) iaitu 98,911 notis telah dikeluarkan di antara bulan Jun hingga Disember 2023,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#had laju
#Anthony Loke
#Dewan Rakyat
#KKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan