Jumlah kehadiran maksimum bagi upacara keagamaan di Sarawak kini ditingkatkan kepada 250 orang berbanding 100 orang sebelum ini.
Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor), Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kebenaran itu tertakluk kepada kapasiti ruang rumah ibadat terlibat dengan mengambil kira jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Sebelum ini Unifor menerusi satu kenyataan pada 16 Jun lepas membenarkan jumlah maksimum penganut yang boleh menghadiri upacara keagamaan pada satu-satu masa seramai 100 orang dengan pematuhan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Antara intipati SOP tersebut adalah tidak membenarkan mereka yang bergejala seperti demam, batuk atau sesak nafas, kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas menghadiri sebarang upacara di rumah ibadat, melakukan proses sanitasi sebelum dan selepas upacara ibadat dilakukan serta menjalankan proses pengambilan suhu, penggunaan pelitup muka dan mengisi buku kehadiran jumlah jemaah.
Semua rumah ibadat yang berhasrat untuk membuka semula premis mereka pada 20 Jun ini dinasihatkan untuk melakukannya dengan berhati-hati berdasarkan kemampuan dan tahap kesediaan terhadap pematuhan SOP tersebut.
Pemakluman itu perlu dilakukan melalui ibu pejabat rumah ibadat masing-masing atau terus kepada Unifor sebelum pembukaan semula ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 18 2020
Jumlah kehadiran maksimum bagi upacara keagamaan di Sarawak kini ditingkatkan kepada 250 orang berbanding 100 orang sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Had maksimum 250 orang dibenar hadir rumah ibadat di Sarawak
Jumlah kehadiran maksimum bagi upacara keagamaan di Sarawak kini ditingkatkan kepada 250 orang berbanding 100 orang sebelum ini.