[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
GADGETS

Had pemindahan wang kini boleh diubah terus melalui aplikasi MAE

Amanz 15/07/2025 | 03:30 MYT
Maybank kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar had pemindahan terus melalui aplikasi sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengalaman perbankan digital. -Amanz
MAYBANK kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar atau mengubah had pemindahan terus melalui aplikasi berkenaan mulai hari ini.


Ringkasan AI
  • Maybank kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar had pemindahan terus melalui aplikasi sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengalaman perbankan digital.
  • Pengguna boleh mengubah had dengan mengikuti langkah dalam aplikasi MAE, dan sebarang kenaikan had akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam sebelum berkuat kuasa.
  • Maybank menggalakkan pengguna menyemak had harian secara berkala, memantau aktiviti akaun, dan menggunakan ciri Kill Switch jika berlaku akses tanpa kebenaran.


Langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk meningkatkan pengalaman perbankan digital pelanggan.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menguruskan had pemindahan melalui MAE:
Sebagai langkah keselamatan, sebarang kenaikan had akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam.

Sepanjang tempoh ini, pengguna masih boleh membuat transaksi mengikut had semasa.

Setelah tempoh tamat, had baharu akan berkuat kuasa dan pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi MAE atau SMS.

Maybank turut menggalakkan pengguna untuk menyemak had harian secara berkala, menaikkan had pemindahan hanya apabila diperlukan, serta memantau aktiviti akaun untuk mengesan sebarang transaksi mencurigakan.

Sekiranya berlaku akses tanpa kebenaran, pengguna boleh mengaktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u bagi menyekat akses sementara dan melindungi akaun. -Amanz





#Maybank #Aplikasi MAE #Had pemindahan wang #pengalaman perbankan digital