MALAYSIA
Had tempoh jawatan PM: Pinda perlembagaan, bukan sekadar akta biasa - Penganalisis
Kerajaan bercadang melaksanakan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri pada sidang kali Parlimen ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan had tempoh jawatan Perdana Menteri perlu dibawa sebagai Rang Undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan, bukannya diwujudkan sebagai suatu akta tersendiri.
Ringkasan AI
Pengasas Bersama UNDI18, Tharma Pillai berkata, perkara itu memastikan had tempoh jawatan berkenaan tidak mudah dipinda oleh pentadbiran akan datang.
“Kalau ada Perdana Menteri yang ingin kekal berkuasa selepas dua penggal, maka adalah penting untuk kita masukkan peruntukan mengenai had tempoh jawatan Perdana Menteri dalam perlembagaan agar tidak mudah dipinda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Menurut Tharma, selain daripada pindaan perlembagaan, parti-parti politik juga perlu memulakan proses membangunkan generasi pelapis kepimpinan negara seperti yang diamalkan di negara-negara dengan demokrasi matang.
“Ini sistem yang wujud di negara-negara dengan demokrasi lebih matang yang mengamalkan falsafah generasi pemimpin berlapis-lapis. Itu yang kita harapkan berlaku di Malaysia juga.
“Nescaya, apabila kita ada sistem politik yang lebih matang, maka kurang risiko individu kekal berpaut pada kuasa dan jawatan Perdana Menteri selepas melepasi tempoh 10 tahun,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik dan Pengajian Madani, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Syaza Shukri pula berpandangan, parti-parti politik tidak mempunyai tekad yang jelas untuk melaksanakan proses pembangunan bakat baharu ini secara serius.
“Parti-parti dilihat seperti tidak ada tekad untuk menekankan pembangunan pelapis pemimpin akan datang. Malaysia sedang menjalani satu fasa yang mana demokrasi kita lebih menarik, terbuka, dan berwarna-warni. Sebab itu kita mahu letak pengadang (had tempoh jawatan Perdana Menteri) ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan melalu mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju mengenai cadangan dasar had tempoh Perdana Menteri selama 10 tahun.
Tambah beliau, kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini.
Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Rang Undang- Undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun atau dua penggal.
Ringkasan AI
- Cadangan had tempoh jawatan PM perlu dibuat melalui pindaan Perlembagaan supaya tidak mudah diubah oleh pentadbiran masa depan. Parti politik perlu bangunkan generasi pelapis agar budaya kepimpinan berlapis wujud seperti dalam demokrasi matang. Kerajaan telah bersetuju dengan dasar had tempoh 10 tahun dan bercadang membentangkan pindaan Perlembagaan berkaitan di Parlimen.