Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan tempoh meletak kenderaan sehingga maksimum dua jam di kawasan terbuka sekitar kawasan perniagaan dan tarikan utama (CBD) di ibu negara mulai 16 Julai ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kadar bayaran untuk meletakkan kenderaan ditetapkan RM2 bagi sejam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya.
"Sekiranya tempoh dua jam itu tamat, DBKL akan menyita terus kenderaan itu dari kawasan CBD seperti Bukit Bintang, Imbi dan KLCC dan dibawa ke depoh kenderaan DBKL.
Selain CBD, kawasan seperti Bangsar, Sri Hartamas dan Kepong akan turut melaksanakan sistem itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan terowong kedua di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) ke Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru) di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata langkah itu dapat mengurangkan kemasukan kenderaan ke kawasan kesesakan tinggi serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk masuk ke kawasan bandar.
Tengku Adnan berkata lebih banyak papan informasi elektronik mengenai jumlah petak letak kereta akan disediakan di kompleks-kompleks letak kereta untuk kemudahan warga kota.
"Sekarang kami masih dalam fasa terakhir untuk menaik taraf dan menambah papan info itu. Ia dijangka siap Ogos ini," katanya.
Dalam ucapan perasmiannya, Tengku Adnan berkata pembukaan terowong kedua di Jalan Tuanku Abdul Halim ke Lebuhraya Sultan Iskandar dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.
Katanya, projek bernilai RM45 juta itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan pusat.
Panjang terowong di bawah jalan susur dari Jalan Parlimen ke Jalan Tuanku Abdul Halim adalah 20 meter dan lebar 10 meter, manakala panjang terowong di bawah Lebuhraya Sultan Iskandar adalah 50 meter dengan lebar 10 meter.
Bernama
Sat Jul 02 2016
TENGKU ADNAN: Kadar bayaran untuk meletakkan kenderaan ditetapkan RM2 bagi sejam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya. -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Orang ramai mengambil peluang memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah.
Bekas Ketua Hakim desak kerajaan mula usaha benar guna kanabis, CBD dalam perubatan
Tun Zaki Azmi, mencadangkan kerajaan memulakan usaha ke arah membenarkan penggunaan kanabis dalam rawatan perubatan.
Belum sampai masanya lagi, KKM terima banyak cadangan usahakan ladang ganja - Khairy
Malaysia belum sampai tahap benarkan penanaman ganja, kata Menteri Kesihatan.
KKM akan umum rangka kerja penggunaan CBD tahun ini - Khairy
Kementerian Kesihatan akan mengumumkan rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu yang dijangka dilaksanakan tahun depan.
Had tempoh letak kereta di CBD bermula 16 Julai - Tengku Adnan
Kadar bayaran untuk meletakkan kenderaan ditetapkan RM2 bagi sejam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya.
Singapura tutup jalan raya sebagai inisiatif Hari Bebas Kenderaan bermula Februari
Singapura akan memulakan tempoh percubaan inisiatif Hari Bebas Kereta untuk menggalakkan aktiviti rekreasi.