MALAYSIA
Had umur 16 tahun akses media sosial jeda waktu persiapkan remaja berdepan dunia digital
Fahmi sebelum ini berkata kerajaan bercadang menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun bagi membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun adalah wajar untuk mempersiapkan remaja sebelum berdepan dengan dunia digital yang terbuka.
Ringkasan AI
Pengarah Perkongsian Strategik dan Inisiatif Anugerah PEMIMPIN, Tay Tien Sing berkata, kumpulan remaja itu mempunyai tiga tahun untuk mendalami aspek literasi digital selepas melengkapkan pendidikan sekolah rendah.
"Kalau kita nilai daripada sudut perjalanan pendidikan anak-anak, mereka belajar pengetahuan asas pada usia tujuh hingga 12 tahun di sekolah rendah.
“Oleh itu saya fikir tidak wajar untuk terus mendedahkan anak-anak ini kepada dunia yang penuh dengan unsur-unsur negatif, iklan yang menggalakkan pembelian dan sebagainya, sejurus selepas mereka mencapai usia 13 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ahli Sidang Belia Wilayah Persekutuan, Nurul Ainul Fatiha Saiful Azwan mencadangkan penggunaan MyDigital ID untuk memastikan pelaksanaan had umur pengguna media sosial yang berkesan.
“Saya cadangkan untuk kita gunakan sistem MyDigital ID. Ketika ini, untuk log masuk ke akaun media sosial kita boleh guna alamat emel Google atau Apple ID. Maka, mengapa tidak kita manfaatkan MyDigital ID? Ini untuk pastikan anak-anak berusia 16 tahun ke bawah tidak boleh akses media sosial,” ujarnya.
Pada Oktober lalu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan bercadang menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun bagi membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah.
Menurutnya, bagi membincangkan secara teliti kebolehlaksanaan serta aspek teknikal mekanisme berkenaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama agensi berkaitan akan menghantar delegasi untuk bertemu dengan pengendali platform media sosial di Singapura.
Ringkasan AI
- Peningkatan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun oleh kerajaan dilihat sebagai langkah wajar untuk mempersiapkan remaja sebelum terlibat dalam dunia digital yang luas.
- Pengarah Anugerah PEMIMPIN, Tay Tien Sing, menyatakan remaja memerlukan masa tiga tahun selepas pendidikan sekolah rendah untuk memahami literasi digital.
- Cadangan penggunaan MyDigital ID dibuat oleh Ahli Sidang Belia Wilayah Persekutuan, Nurul Ainul Fatiha Saiful Azwan, untuk memastikan pelaksanaan had umur pengguna media sosial yang berkesan dalam usia 16 tahun.