awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital bangunkan MyIKD bagi perkukuh keterangkuman digital - Gobind
Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu
UMNO teruskan penubuhan Sekretariat Rumah Bangsa walaupun tanpa Pas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo

Bernama
Bernama
26/01/2026
03:50 MYT
Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo
Nie Ching berkata perkara itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaan penuh. - Foto fail/BERNAMA
KULAI: Pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial, sebagai langkah melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi serta terdedah kepada kandungan tidak wajar dalam talian, dijangka dikuatkuasakan seawal Julai ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata perkara itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaan penuh.
Langkah itu, katanya, dilaksanakan selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA), dan perbincangan dengan penyedia platform telah dimulakan bagi mengenal pasti pendekatan paling berkesan.
"Di bawah OnSA, kami telah memulakan perbincangan dengan penyedia platform. Sekarang ini, kita berada dalam fasa regulatory sandbox untuk mencari cara paling baik, berkesan, dan selamat bagi melaksanakan pengesahan umur. Buat masa ini, ia masih berada di peringkat perbincangan dan perancangan bersama penyedia platform.
"Ini merupakan sasaran kita untuk tahun ini. Seperti diumumkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini, kita jangka pelaksanaan akan berlaku pada separuh kedua tahun ini, iaitu suku ketiga atau keempat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama di sini, hari ini.
Kerajaan dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.
Ditanya mengenai isu buli siber terhadap pemain badminton negara, Toh Ee Wei, Teo berkata beliau masih belum menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sama ada terdapat sebarang aduan berhubung perkara itu.
Mengulas mengenai program hari ini, Teo berkata Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam di seluruh negara.
Di Johor, beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata seramai 586,153 murid menerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM87.9 juta.
"Untuk daerah Kulai sahaja, terdapat 58,264 murid dengan sumbangan yang telah disalurkan kepada daerah ini berjumlah RM8.7 juta. Hari ini, kami hadir ke SK Putra Utama untuk menyerahkan bantuan secara simbolik kepada ibu bapa terpilih," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#had umur
#Kanak-kanak
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan