awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had umur kahwin: Perlu bincang dengan badan agama sebelum dibentang di Parlimen

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/07/2018
07:03 MYT
Had umur kahwin: Perlu bincang dengan badan agama sebelum dibentang di Parlimen
Menurut Wan Azizah, kerajaan berhasrat untuk membentangkan pindaan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, tetapi tidak memperincikan akta yang bakal dipinda. - Gambar hiasan
Cadangan untuk menaikkan had umur perkahwinan perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan badan-badan agama Islam sebelum dibentangkan di Parlimen.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini kerana pelbagai perkara perlu diperhalusi sebelum ia dibawa ke peringkat perundangan.
"Cadangan ini perlu dibincangkan dengan badan-badan agama terlebih dahulu seperti Majlis Fatwa sebelum ia dibawa ke Parlimen," kata Dr Wan Azizah.
Beliau berkata demikian ketika diminta respon tentang kemungkinan cadangan menaikkan had umur perkahwinan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bermula pada minggu depan.
Dr Wan Azizah sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan berhasrat untuk membentangkan pindaan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, tetapi tidak memperincikan akta yang bakal dipinda.
Ini susulan tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#keluarga
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#kerajaan
#perkahwinan
#rakyat
#Thailand
#Wan Azizah Wan Ismail
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan