KUCHING: Johor berhak memutuskan sama ada untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata autonomi negeri perlu dihormati terutama dalam perkara tertentu yang kerajaan Persekutuan tiada kuasa ke atasnya.
"Untuk negeri bersetuju atau tidak bersetuju (terhadap sesuatu) mereka masih mempunyai autonomi untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka mahu.
"Sekiranya Johor tidak akan meluluskan mana-mana undang-undang untuk membenarkan calon mereka bagi DUN dikurangkan kepada umur 18 tahun itu... adalah hak mereka," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-15 di sini hari ini.
Khamis lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan menjelaskan mengapa baginda belum memberi persetujuan mengenai pindaan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Pada pembukaan rasmi Penggal Persidangan Pertama DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor, Sultan Ibrahim bertitah had umur minimum untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor masih kekal 21 tahun.
Sultan Johor bertitah pada hemat baginda, cadangan menurunkan umur itu tidak selari dengan hala tuju kerajaan yang mahukan pemimpin berkualiti tinggi dan cukup ilmu pengetahuan namun baginda tetap menyokong hak mengundi diberi kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
Pada 6 Jan lepas, DUN Johor meluluskan enakmen berkenaan untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata di peringkat Persekutuan, umur minimum calon pilihan raya untuk Ahli Parlimen masih 18 tahun dan ini mungkin menimbulkan kekeliruan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama dalam pilihan raya serentak.
"Dalam pilihan raya serentak terdapat senarai calon untuk Parlimen dan DUN, jika anda mempunyai had umur yang berbeza maka kita bimbang wujud kekeliruan oleh petugas SPR yang tidak terlatih dalam mengendalikan pilihan raya.
"SPR perlu bekerja lebih masa untuk melatih pegawai mereka untuk membenarkan dua jenis had umur untuk calon bertanding terutama apabila pilihan raya dijalankan serentak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata autonomi negeri perlu dihormati terutama dalam perkara tertentu yang kerajaan Persekutuan tiada kuasa ke atasnya. - Gambar fail/Pejabat Menteri di JPM
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Had umur minimum ADUN: Johor berhak putuskan - Wan Junaidi
Johor berhak memutuskan sama ada untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.