NATIONAL
Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan - Exco Johor
Aminolhuda berkata berhubung isu berkenaan, satu muzakarah akan diadakan pada masa terdekat, melibatkan agensi terlibat seperti Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), serta mufti. - Gambar fail
Kerajaan negeri Johor tidak akan mempertimbangkan cadangan had
umur minimum perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun seperti negeri
lain.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan negeri Johor,
Aminolhuda Hassan berkata berhubung isu berkenaan, satu muzakarah akan diadakan
pada masa terdekat, melibatkan agensi terlibat seperti Jabatan Agama Islam
Negeri Johor (JAINJ), serta mufti.
Jelasnya muzakarah tersebut bertujuan membincangkan had umur
perkahwinan di negeri itu, sama ada dikekalkan pada umur 18 tahun bagi lelaki
dan 16 tahun bagi perempuan ataupun, pertimbang untuk meningkatkan lagi had
umur tersebut.
“Sebab kita sedia maklum dalam suasana hari ini, dia ada pro and consnya, atau dia ada
keterbatasan dia atau dia ada sebab-sebab tertentu dia, yang memaksa usia mungkin
atas sebab tertentulah.
“Kalau itu mungkin dapat kebenaran khas daripada majlis agama Islam
maknanya yang untuk di bawah umur kebenaran, buat masa ini memang 16 dan 18,”
katanya ketika membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sri Skudai Johor sempena
bermulanya peperiksaan UPSR.
Seramai 53,971 calon UPSR di Johor, melibatkan 951 buah
pusat.
Daripada jumlah tersebut , 35,152 adalah calon Sekolah Kebangsaan,
16,156 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, seribu 858 adalah calon Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil sementara 958 adalah calon sekolah swasta.
Pada Ahad, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam
kenyataannya di laman sosial Twitter berkata, cadangan had umur diturunkan
kepada 14 tahun adalah tidak masuk akal.
Kenyataan tersebut merujuk saranan yang dibuat oleh Mufti Sabah,
Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan
dinaikkan kepada 18 tahun.
Tunku Ismail juga berkata akan pastikan perkara itu tidak berlaku
di negeri Johor, dan akan membawa isu tersebut kepada persidangan Majlis Raja-Raja
untuk dibincangkan.
#Aminolhuda Hassan
#Exco
#perkahwinan
#Sultan Ibrahim
#TMJ
#Tunku Ismail
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#umur perkahwinan