Hadi Awang dimasukkan di IJN

Astro Awani
April 2, 2019 03:57 MYT
Abdul Hadi dimasukkan ke IJN pada Isnin malam. -Foto Astro AWANI
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin malam.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Setiausaha Politik beliau Syahir Sulaiman menerusi satu muat naik di Facebook.
Abdul Hadi juga dinasihatkan untuk terus berehat di IJN bagi menjalani pemeriksaan susulan.
Abdul Hadi pernah dimasukkan ke IJN pada Mei 2017 untuk menjalani pembedahan penggantian injap jantung dan menerima rawatan intensif daripada pakar-pakar di situ selama sebulan.
#Abdul Hadi Awang #HADI AWANG #IJN #Institut Jantung Negara #PAS #pembedahan penggantian injap jantung #pemeriksaan susulan #Syahir Sulaiman