awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafidz masih sayang isteri, mahu berbaik

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2023
05:28 MYT
Hafidz masih sayang isteri, mahu berbaik
Hafidz ketika bercakap kepada pemberita di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Pelakon Hafidz Roshdi mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
"Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.
"Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada," katanya kepada pemberita selepas diikat jamin pada Isnin.
Hafidz terdahulu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Bagaimanapun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang sebelum kesnya itu lebih panas apabila dia bertindak mencederakan isterinya.
Mengulas lanjut, Hafidz berkata, pertuduhan yang dihadapinya itu adalah satu episod paling suram dalam hidupnya.
"Apapun, saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Kini kes saya telah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah mahkamah sahaja yang membuat pertimbangan sewajarnya," ujarnya.
Hafidz turut meluahkan rasa rindu kepada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Humairah, 6, dan Umar, 2, kerana tidak berjumpa kedua-duanya sejak dua minggu lalu.
"Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua. Tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian," katanya sebak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Hafidz Roshdi
#Nurul Shuhada Mat Shukri
#tumbuk isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan