awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera

Bernama
Bernama
05/03/2023
12:37 MYT
Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili Petronas MIE Racing Team menduduki tempat ke-16 daripada keseluruhan 20 pelumba pada perlumbaan 'World Superbike Championship Motul Indonesian Round'. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) negara Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia.
Mengakui masih banyak kekurangan pada motosikalnya, pelumba Honda Petronas MIE Racing itu berkata pasukan tersebut perlu bekerja keras dalam kerja-kerja penambahbaikan untuk mendapatkan impak yang baik.
Beliau berkata meskipun berhasil memperoleh satu mata pada perlumbaan yang berlangsung bermula Jumaat lepas hingga hari ini, masih terdapat banyak kekurangan pada jenteranya berbanding jentera pelumba lain.
"Kita sangat perlahan di selekoh, saya cuba tingkatkan kuasa enjin sepenuhnya, tetapi motosikal tidak pergi (laju), saya harap perlumbaan selepas ini atau ujian akan datang dapat memberi satu impak yang lebih baik dari segi kelemahan jentera saya," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media hari ini.
Terdahulu, bekas pelumba Moto2 berusia 27 tahun itu melengkapkan Perlumbaan Dua Pusingan Dua WSBK di tempat ke-15 hari ini, naik satu anak tangga berbanding Perlumbaan Satu Pusingan Dua, semalam.
Hafizh Syahrin mencatatkan masa 1 minit 34.545 saat (s) manakala pelumba Alvaro Bautista dari pasukan Ducati, menguasai sesi dengan 1'32.247.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin
#Kejuaraan Superbike Dunia
#Pelumba Kejuaraan Superbike Dunia
#WSBK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan