KUALA LUMPUR: Pakar pembinaan Haily Group Berhad telah memperoleh kontrak bernilai RM52.30 juta daripada Meridin East Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Haily Construction Sdn Bhd untuk membina 283 unit rumah teres dua tingkat.
Meridin East merupakan anak syarikat milik penuh pemaju perumahan Mah Sing Group Bhd (Mah Sing).
Dalam satu kenyataan hari ini, Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.
"Dengan pemerolehan projek terbaharu ini, perolehan nilai kontrak kami pada masa ini membabitkan 24 projek yang sedang berjalan dengan jumlah nilai kontrak RM593.31 juta, yang mana dijangka siapsecara berperingkat antara 2023 dan 2024," kata Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group See Tin Hai.
Kerja-kerja itu melibatkan pembinaan 283 unit rumah teres bersaiz 20 kaki x 70 kaki di Parcel 1C pembangunan Meridin East. Meridin East ialah perbandaran bersepadu terbesar Mah Sing di Gerbang Timur Iskandar Malaysia, Johor.
Kumpulan itu bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembangunan, mekanikal dan elektrikal, infrastruktur dan landskap untuk keseluruhan projek.
Di bawah fasa pertama, Haily akan membina sejumlah 128 unit rumah teres dua tingkat termasuk dua rumah contoh melibatkan nilai kontrak RM23.82 juta. Fasa kedua melibatkan pembinaan sejumlah 155 unit rumah teres dua tingkat dengan nilai kontrak RM28.48 juta.
Kedua-dua fasa akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh bermulanya projek.
Fasa satu dijangka bermula selewat-lewatnya pada 31 Mac, 2023 manakala fasa dua dijangka bermula tidak lewat dari 30 Sept, 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
![Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672360669_HAILYGROUP.jpg)
Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.
![Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718535188_tbminatbolasepak.jpg)
Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau
Lumrah seorang bapa pastinya mahukan terbaik buat anak mereka seawal usia muda dalam apa jua bidang diceburi.
![Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689475529_TBBBandarSeriBegaw.jpg)
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
![Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701866735_TBVisa.jpg)
Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama
Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui KLIA.
![PM Thailand disahkan positif COVID-19 PM Thailand disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694770094_SretthaThavisinPh.jpg)
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
Daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Rumah jadi tempat proses ketum diserbu
Polis menyerbu sebuah rumah pusaka yang dijadikan tempat memproses air ketum dan berjaya menahan dua lelaki, pada Sabtu.
188 rakyat Malaysia jadi mangsa di beberapa negara
Daripada jumlah yang dikenalpasti, sekurang-kurang 109 warga Malaysia terjebak aktiviti 'jobscam' di Myanmar.
Ribuan umat Islam tunaikan solat Aidiladha di Al-Aqsa
Pagi Ahad, ribuan umat Islam berkumpul di masjid tersebut bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Lelaki, wanita bahkan kanak-kanak, sebaik sahaja matahari mula terbit, ramai yang sudah ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat.
544 kes libat rampasan RM5.18 juta di Sabah tahun ini
Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.
![Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672360669_HAILYGROUP.jpg)
Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing
Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.