GADGETS
Haiper bolehkan anda jana video guna teks, dikuasakan AI
Haiper hadir dengan penawaran yang memudahkan pengguna menjana video menggunakan teks. -Amanz
BARU-BARU ini, kita telah melihat OpenAI memperlihatkan keupayaan penjanaan video melalui teks, di bawah produk yang dinamakan Sora.
Pengenalan berkenaan sedia mengejutkan ramai pihak, dan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mencubanya.
Selain daripada OpenAI, kini Haiper turut hadir dengan sebuah penawaran yang memudahkan pengguna menjana video menggunakan teks sahaja.
Melalui Haiper, kini semua pengguna boleh menjana video yang anda inginkan dengan mudah.
Apa pun, kekangannya buat masa ini adalah, ia hanya boleh menjana video 2 saat untuk kualiti HD, dan video sehingga 4 saat untuk kualiti rendah sedikit.
Pengguna juga turut boleh melakukan beberapa perkara lain menggunakan Haiper, termasuk menganimasikan sesuatu imej, atau mengubah video sedia ada dengan kesan khas lain.
Buat masa ini, Haiper menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma, dalam usaha membangunkan komuniti aktif yang menggunakannya.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Haiper ini secara percuma melalui laman rasmi Haiper hari ini. -Amanz