KUALA LUMPUR: Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semua PJH yang dilesenkan telah memberi jaminan bahawa mereka menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan pakej tersebut kepada bakal jemaah yang memilih untuk tidak menunaikan ibadat haji menerusi pakej Muassasah TH.
"TH telah meminta semua PJH adakan Pakej Rahmah seperti tahun lepas, Alhamdulilah mereka semua menyambut usaha ini. PJH memainkan peranan dalam membantu bakal haji dengan menyediakan pakej pada harga munasabah dan setiap PJH akan tawarkan Pakej Rahmah, selain pakej lain yang mereka sediakan.
"..bawah RM50,000 adalah harga yang munasabah. Jika kita lihat, bayaran penuh bagi jemaah Muassasah pada tahun lepas adalah RM30,850. Jadi, bakal jemaah yang pilih untuk menunaikan haji menerusi PJH hanya perlu tambah sedikit sahaja sudah dapat pergi melalui Pakej Rahmah," katanya pada sidang media prapelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bakal jemaah yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini hanya memilih pakej disediakan oleh 25 PJH yang dilesenkan agar tidak menjadi mangsa tipu.
"Kita tidak mahu ada bakal haji yang diperdaya atau menerima perkhidmatan yang kurang daripada apa yang telah mereka janjikan. TH menilai syarikat yang mempunyai kewibawaan, kewangan yang kukuh serta pengurusan dan pengalaman yang baik sebelum memilih mereka sebagai PJH.
"...TH akan memastikan perkhidmatan dan kemudahan yang dijanjikan PJH dalam tawaran pakej semuanya disampaikan kepada para jemaah...kami menubuhkan pasukan pemantau untuk tujuan ini," katanya.
Beliau turut memaklumkan pihaknya akan membuat pengumuman mengenai harga atau bayaran bagi pakej Muassasah serta pengeluaran surat tawaran kepada mereka yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini dalam masa terdekat.
Mengenai penganjuran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024, Syed Saleh berkata ia akan diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di Sepang, Selangor pada 19 hingga 21 Jan ini.
Menurutnya, karnival yang menyediakan 140 reruai daripada syarikat berkaitan urusan haji termasuk 25 syarikat PJH itu dianjurkan bagi menyediakan peluang kepada bakal jemaah untuk memilih dan membandingkan pakej yang disediakan PJH.
"Karnival ini juga adalah usaha serampang dua mata iaitu selain mempromosikan pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga satu platform untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sahaja yang boleh menyediakan perkhidmatan pengelolaan haji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Syed Saleh mengingatkan bakal jemaah yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini hanya memilih pakej disediakan oleh 25 PJH yang dilesenkan agar tidak menjadi mangsa tipu. - Gambar Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000
Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
Enam bulan pelaksanaan, inisiatif Payung Rahmah bantu golongan B40
Inisiatif Payung Rahmah oleh kerajaan membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi.
35 peratus jemaah haji PJH pilih Pakej Rahmah
Sebanyak 35 peratus daripada kira-kira 8,500 jemaah haji yang mengikuti pakej oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) memilih Pakej Rahmah Haji yang menawarkan harga di bawah RM50,000.
Ketua isi rumah B40 disaran berbelanja di pasar raya tawar diskaun di bawah Pakej Rahmah
Ketua isi rumah B40 disaran supaya berbelanja di pasar raya yang bersetuju menawarkan diskaun di antara tiga hingga hingga 30 peratus bagi 12 jenis barangan asas di bawah Pakej Rahmah.