MAKKAH: Selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik COVID-19, jemaah haji Malaysia yang dipilih sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah pada musim haji kali ini bersyukur dapat beribadah dengan selesa kerana keadaan di Tanah Suci tidak terlalu padat.
Ia berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang membenarkan hanya sejuta jemaah mengerjakan haji bagi musim 1443H/2022 selain perlu melepasi pelbagai prosedur kesihatan dan saringan COVID-19 dalam tempoh 72 jam, menyaksikan ramai yang 'terkandas' ke Tanah Suci.
Bagi jemaah yang terpilih pada musim haji kali ini, mereka adalah insan istimewa apatah lagi ada antara mereka yang berpeluang hadir bersama ahli keluarga dan adik-beradik.
Perasaan teruja itu dikongsi oleh Ahmad Huzaifah Usoh @ Yusoff, 35, yang berkata beliau berangkat ke Tanah Suci bersama empat beradik dan tiga daripada mereka membawa pasangan iaitu isterinya Nur Syazana Mohd Zahir, 33, kakak Marhamah, 40, bersama suami Wan Aziman Wan Ramli, 53, adik Ahmad Hassan, 28, (isteri Hamidah Mokhtar, 24) manakala abang Ahmad Zuhriy, 44, datang tanpa pasangan.
Pegawai Dietetik yang berasal dari Terengganu itu berkata mereka menerima tawaran haji pada tahun 2020 namun tertangguh akibat pandemik.
"Sepatutnya adik-beradik kami sembilan orang yang datang, itu belum masuk lagi pasangan mereka tetapi lima daripada kami (adik-beradik) terpaksa menolak kerana pelbagai kekangan.
"Kami sembilan beradik mendaftar selepas bapa meninggal dunia pada 2008 atas saranan ibu, memang jadi impian ibu untuk kami ke Tanah Suci bersama-sama," katanya ketika ditemui pemberita di hotel Land Premium, yang menempatkan 4,400 jemaah haji Malaysia.
Sementara itu, Muhammad Amnan Mohd Amin, 38, berkata beliau bersama dua lagi adiknya bertuah kerana ibu bapa mereka telah mendaftar sejak kecil dan ia lebih bermakna apabila keakraban mereka di tanah air menjadi pengikat hingga ke Tanah Suci.
"Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang memetingkan agama dalam semua hal. Usaha yang dibuat ibu bapa akhirnya dimakbul Allah. Sangat terharu dan saya rasa ramai yang terpilih kali ini adalah yang istimewa," katanya.
Dalam perkembangan lain, tinjauan di sekitar Arafah dan Mina didapati kerja-kerja membaik pulih sedang giat dilakukan bagi memastikan keselesaan jemaah apabila tiba Hari Wukuf.
Kemudahan tandas, khemah dan sistem penyaman udara antara yang diberi perhatian kerajaan Arab Saudi, selain bekalan air bersih di kawasan penempatan jemaah.
Hari Arafah atau Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini yang akan menyaksikan seramai 14,306 jemaah haji Malaysia berhimpun untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Bagi jemaah yang terpilih pada musim haji kali ini, mereka adalah insan istimewa apatah lagi ada antara mereka yang berpeluang hadir bersama ahli keluarga dan adik-beradik. - Gambar/ Bernama
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.
Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.
Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji
Perkhidmatan berkelajuan tinggi Tren Ekspres Haramain akan membuat lebih dari 3,400 perjalanan di sepanjang laluan selama dua jam 20 minit.
Arab Saudi jadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji Palestin
Mudahkan waris para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai keluarga yang cedera di Palestin untuk menunaikan ibadah haji.
Ketua Perangkawan antara hampir 2,000 jemaah haji berada di Madinah
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin bersama isteri, Datin Seri Suhana Tahir kini berada di Madinah bersama jemaah lain.
Ibadah haji: Jemaah jangan terperdaya tawaran orang perseorangan, syarikat
Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji.
Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.
Pemegang visa pelancong boleh tunai umrah tetapi bukan di musim haji
Pemegang visa pelancongan tidak membolehkan pemegangnya menunaikan haji atau umrah ketika musim haji.
Kumpulan akhir jemaah haji selamat pulang ke tanah air
Kumpulan terakhir 284 jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air pada Sabtu, menandakan berakhirnya Operasi Musim Haji 1443H/2022M.