MALAYSIA

Hajiji bertemu Tun Musa di Istana Seri Kinabalu pagi ini

Assim Hassan 06/10/2025 | 01:20 MYT
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pagi ini. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada Isnin.

Kenderaan yang membawa Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi.

Astro AWANI difahamkan pertemuan itu dijangka bagi mendapat persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.

Speaker DUN)Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata demikian dalam sidang media di DUN Sabah pada Ogos lalu.

#PRN Sabah #DUN Sabah #Hajiji Noor #Musa Aman #Hajiji jumpa Musa Aman #Istana Kinabalu