MALAYSIA
Hajiji tinggalkan Istana Seri Kinabalu, tunjuk isyarat bagus kepada media
Hajiji menunjukkan tanda isyarat bagus dari dalam kenderaan sebaik beliau meninggakan Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan Istana Seri Kinabalu selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di sini, hari ini.
Hajiji hanya menunjukkan isyarat bagus kepada para pengamal media sebaik sahaja meninggalkan Istana Seri Kinabalu jam 10.15 pagi.
Pertemuan antara Hajiji dengan Musa berlangsung selama sejam.
Media difahamkan, pertemuan itu diadakan bagi mendapat persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata demikian dalam sidang media di DUN Sabah pada Ogos lalu.