MALAYSIA
Hajiji turun padang tinjau keadaan mangsa banjir, tanah runtuh di PPS
Hajiji melihat sendiri keadaan mangsa bagi menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa, sambil menyerahkan bantuan daripada kerajaan. - Jabatan Ketua Menteri Sabah
PENAMPANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini turun padang meninjau keadaan mangsa banjir dan tanah runtuh yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dan Putatan.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Hajiji memulakan tinjauan di PPS Kampung Sarapung yang menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh pada 5.30 petang tadi sebelum ke Putatan.
Meskipun hujan lebat, Hajiji mahu melihat sendiri keadaan mangsa bagi menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa, sambil menyerahkan bantuan daripada kerajaan.
Di PPS Kampung Sarapung, Hajiji diberi taklimat oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang Normi Dyena John Tren sebelum mengagihkan bantuan kepada 40 ketua isi rumah.
Hajiji berkata bantuan wang tunai dan bakul makanan itu disalurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir, selain memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin sepanjang berada di PPS.
"Kerajaan negeri melalui JPBN sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan segera kepada rakyat yang berhadapan musibah, terutama ketika musim hujan berterusan.
"Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kebajikan rakyat. Setiap mangsa bencana akan dibantu sewajarnya supaya mereka tidak berasa terpinggir," katanya dalam kenyataan itu.
Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan, pasukan keselamatan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus menguruskan PPS dan membantu memindahkan mangsa banjir dengan selamat.
Beliau berkata kerjasama erat semua pihak amat penting dalam memastikan keselamatan, keselesaan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ketika berdepan bencana alam.
Mengulas lanjut mengenai lawatan itu, Hajiji berkata beliau bersama JPBN yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Safar Untong mahu melihat secara dekat situasi banjir di beberapa lokasi terjejas.
"Saya dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang diketuai SKN meninjau secara fizikal di lapangan untuk mengetahui keadaan yang berlaku supaya kami mengetahui banjir, tanah runtuh dan sebagainya untuk kami bagi bantuan kepada mangsa yang terlibat.
"Kerajaan akan bagi bantuan satu dua hari ini. Semua mangsa banjir dan tanah runtuh kami akan bagi bantuan kerajaan negeri dan Persekutuan. Pihak Yayasan Kebajikan Negeri juga akan memberikan bantuan," katanya.
Pada masa sama, beliau mengingatkan semua wakil rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah supaya memantau dengan rapat situasi bencana di kawasan masing-masing.
Beliau menyifatkan bencana yang melanda beberapa daerah di Sabah kali ini agak teruk berikutan banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan banyak penduduk dan kawasan.
"Bukan saja banjir, malah berlaku tanah runtuh. Bekalan elektrik dan air juga terputus, agak teruk kali ini. Sebab itu kami batal sambutan Hari Malaysia esok kerana kami lebih prihatin untuk bantu mangsa yang terlibat di beberapa daerah yang dilanda bencana ini," katanya.
Dalam pada itu, Hajiji turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menyediakan RM10 juta bantuan bencana kepada Sabah.
Bantuan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tambahan kepada peruntukan RM11 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi menangani bencana alam yang menimpa rakyat di negeri berkenaan.
-- BERNAMA