MALAYSIA
Hak 40 peratus hasil Sabah: BN hormati keputusan, selari suara hati rakyat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berucap pada Karnival Mooda@Desa X ODEC Beach Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memihak kepada Sabah dalam tuntutannya terhadap hak menerima 40 peratus hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari negeri itu.
Ringkasan AI
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu selari dengan suara hati rakyat Sabah yang sekian lama memperjuangkan hak tersebut, sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Dari pihak kerajaan pula, pastinya kita akan meneliti keputusan yang dibuat itu dan dari segi kemunasabahan (kewajaran) termasuk dari segi kemampuan kewangan.
"Namun, kita serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membawa perkara ini ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.
Ditanya mengenai jaminan untuk merealisasikan perkara itu jika BN berjaya mentadbir Kerajaan Negeri Sabah, Ahmad Zahid berkata ia akan diperhalusi termasuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada manifesto dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Presiden UMNO itu menegaskan, manifesto itu akan menjadi asas kepada aku janji BN kepada rakyat Sabah, termasuk menyelesaikan isu-isu mendesak seperti infrastruktur asas dalam tempoh satu penggal.
Ahmad Zahid turut menjangka tiada satu parti atau gabungan akan mendominasi sepenuhnya kerajaan negeri selepas PRN17, menjadikan perkongsian kuasa politik sebagai suatu yang 'diperlukan'.
"Saya hampir pasti bahawa tidak akan ada sebuah pun parti atau gabungan parti yang dominan.
"Ia pasti memerlukan perkongsian kuasa politik dan tentulah ketika itu bukan hanya manifesto, tetapi apa juga perkara yang penting untuk kepentingan rakyat Sabah, supaya terus membangun dan menikmati kemakmuran, itu menjadi keutamaan kepada kerajaan yang akan terbentuk akan datang," tambah beliau.
Semalam media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid yang menyifatkan pemberian khas yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai 'tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,' serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dalam penghakiman itu, mahkamah mendapati Perintah Semakan Kedua dan Ketiga yang dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan adalah tidak sah dan seterusnya membenarkan permohonan sepenuhnya oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).
Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula hasil bersama Kerajaan Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi menegakkan semula hak 40 peratus hasil Sabah bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021.
Perintah itu menetapkan supaya semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.
Ringkasan AI
- BN hormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memihak kepada Sabah dalam tuntutan hak menerima 40% hasil bersih Persekutuan, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Ahmad Zahid nyatakan isu ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk diteliti dari segi kewajaran dan kemampuan kewangan, serta berpotensi dimasukkan dalam manifesto PRN Sabah ke-17.
- Mahkamah arah semakan semula hasil dalam 90 hari dan persetujuan bersama dalam 180 hari, selepas mendapati kegagalan menunaikan hak Sabah selama hampir lima dekad adalah tidak sah dan melanggar Perlembagaan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu selari dengan suara hati rakyat Sabah yang sekian lama memperjuangkan hak tersebut, sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Dari pihak kerajaan pula, pastinya kita akan meneliti keputusan yang dibuat itu dan dari segi kemunasabahan (kewajaran) termasuk dari segi kemampuan kewangan.
"Namun, kita serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membawa perkara ini ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.
Ditanya mengenai jaminan untuk merealisasikan perkara itu jika BN berjaya mentadbir Kerajaan Negeri Sabah, Ahmad Zahid berkata ia akan diperhalusi termasuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada manifesto dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Presiden UMNO itu menegaskan, manifesto itu akan menjadi asas kepada aku janji BN kepada rakyat Sabah, termasuk menyelesaikan isu-isu mendesak seperti infrastruktur asas dalam tempoh satu penggal.
Ahmad Zahid turut menjangka tiada satu parti atau gabungan akan mendominasi sepenuhnya kerajaan negeri selepas PRN17, menjadikan perkongsian kuasa politik sebagai suatu yang 'diperlukan'.
"Saya hampir pasti bahawa tidak akan ada sebuah pun parti atau gabungan parti yang dominan.
"Ia pasti memerlukan perkongsian kuasa politik dan tentulah ketika itu bukan hanya manifesto, tetapi apa juga perkara yang penting untuk kepentingan rakyat Sabah, supaya terus membangun dan menikmati kemakmuran, itu menjadi keutamaan kepada kerajaan yang akan terbentuk akan datang," tambah beliau.
Semalam media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid yang menyifatkan pemberian khas yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai 'tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,' serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dalam penghakiman itu, mahkamah mendapati Perintah Semakan Kedua dan Ketiga yang dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan adalah tidak sah dan seterusnya membenarkan permohonan sepenuhnya oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).
Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula hasil bersama Kerajaan Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi menegakkan semula hak 40 peratus hasil Sabah bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021.
Perintah itu menetapkan supaya semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

#BN hormati
#Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
#hak menerima 40 peratus hasil bersih
#Ahmad Zahid Hamidi
#Perjanjian Malaysia 1963