MALAYSIA
Hak negeri wajar diseimbangkan dengan kepentingan negara - Sultan Selangor
Sultan Selangor bertitah bahawa prinsip kedaulatan negeri dan tadbir urus tempatan sememangnya asas penting bagi sesebuah negeri, namun "tidak boleh keterlaluan." - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap amalan sesetengah negeri yang memperbesarkan isu hak negeri, sambil menegaskan perlunya kesedaran terhadap kepentingan nasional yang lebih luas.
Ringkasan AI
Sultan Selangor bertitah bahawa prinsip kedaulatan negeri dan tadbir urus tempatan sememangnya asas penting bagi sesebuah negeri, namun "tidak boleh keterlaluan."
"Adalah penting bagi negeri-negeri melaksanakan hak mereka dengan mengambil kira kepentingan nasional secara menyeluruh.
"Kekuatan negara bergantung bukan sahaja pada autonomi setiap negeri, tetapi juga pada perpaduan dan kestabilan persekutuan secara keseluruhan," titah baginda.
Baginda, bagaimanapun, enggan menamakan negeri-negeri terbabit ketika ditanya oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Wong Chun Wai, dalam temu bual eksklusif sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-80.
Sultan Sharafuddin bertitah bahawa nenek moyang baginda secara rasmi menyerahkan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan pada 1974, menjadikannya Wilayah Persekutuan pertama negara, dan Selangor terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya ke Shah Alam.
"Kemudian pada 1995, Selangor menyerahkan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan melalui satu perjanjian, walaupun ia hanya berkuat kuasa pada 2001," titah Baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah Istana Negara lama dan baharu juga pada asalnya terletak di Selangor, dengan bangunan lama yang dikenali sebagai Istana Selangor diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan ketika negara mencapai kemerdekaan sebelum dijadikan Istana Negara pertama.
Tanah lokasi Istana Negara baharu seluas hampir 250 ekar (lebih 101 hektar) itu juga pada asalnya milik Selangor, titah Baginda.
"Benar, kita semua memahami harga diri sesebuah negeri adalah penting, tetapi jangan kita lupa bahawa kita semua merupakan satu keluarga besar Malaysia. Pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan negara.
"Kepentingan Malaysia mesti sentiasa diutamakan. Tidak ada gunanya melaungkan hak dan identiti negeri jika negara akhirnya menanggung akibatnya.
"Ayahanda beta telah berkorban dengan menyerahkan sebahagian wilayah Selangor, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya, kepada Kerajaan Persekutuan demi pembangunan negara. Jadi apabila sentimen kenegerian dibangkitkan, ia amat mengecewakan," titah Baginda.
Baginda bertitah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menghentikan rancangan sesetengah pihak yang mahu menganjurkan 'Malam Anak-Anak Selangor' ketika Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.
"Selangor sentiasa menjadi negeri progresif kerana sikap keterbukaan kami. Selangor bukan sahaja dihuni anak jati negeri ini tetapi juga mereka dari negeri lain yang memilih Selangor sebagai tempat tinggal.
"Hasilnya, Selangor mendapat manfaat daripada tenaga berbakat yang berhijrah ke negeri ini," titah Sultan Sharafuddin sambil menambah bahawa Selangor juga tidak mengenakan undang-undang ketat berhubung pemilikan tanah oleh mereka yang bukan anak jati Selangor atau bukan beragama Islam, kecuali di tanah rizab Melayu.
Baginda bertitah bahawa Perlembagaan Negeri juga tidak menghalang individu yang bukan anak jati Selangor daripada menjadi Menteri Besar.
Apabila negeri-negeri menolak kuasa mereka ke tahap melampau, ia boleh menjejaskan kepentingan nasional serta keselamatan bersama atau melemahkan kerangka ekonomi dan sosial yang dikongsi bersama, titah Baginda.
Sultan Sharafuddin menyeru supaya wujud keseimbangan sihat yang mengambil kira hak dan keperluan negeri, namun dalam masa sama menilai kesan keputusan tersebut terhadap negeri jiran serta kesejahteraan negara dalam jangka panjang.
"Marilah kita mempunyai rasa tanggungjawab bersama dengan matlamat yang sama demi memastikan negara terus makmur," titah Baginda sambil menegaskan bahawa Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sepanjang sedekad lalu.
Sultan Sharafuddin bertitah kadar pertumbuhan KDNK Selangor secara konsisten melebihi paras nasional, "walaupun kita tidak menghasilkan minyak", selain menyatakan bahawa pendapatan per kapita KDNK 2024 negeri itu sebanyak RM65,907 melebihi paras ambang negara berpendapatan tinggi Bank Dunia iaitu USD13,845 (RM56,971).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sultan Selangor menekankan pentingnya kesedaran terhadap kepentingan nasional dalam menjalankan hak negeri, menitikberatkan keseluruhan kestabilan persekutuan.
- Baginda menyorot sejarah penyerahan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan tanah-tanah lain oleh Selangor kepada Kerajaan Persekutuan sebagai pengorbanan demi pembangunan negara.
- Sultan Sharafuddin menyeru agar keseimbangan dijaga antara hak negeri dan kepentingan negara secara keseluruhan, dengan Selangor menyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara.