awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim beri amaran kepada peguam Najib susulan penangguhan saksi berulang kali

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/10/2022
05:40 MYT
Hakim beri amaran kepada peguam Najib susulan penangguhan saksi berulang kali
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan agar Wan Aizuddin mengambil tempat Shafee jika beliau tidak dapat hadir. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini menegaskan, pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh terus menangguhkan pemeriksaan balas terhadap saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini berlaku selepas mahkamah diberitahu bahawa peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, perlu hadir dalam kes lain yang juga ditetapkan hari ini.
Muhammad Shafee tidak hadir semasa sesi pagi di mana bekas pengarah urusan Aminvestment Bank, Kok Tuck Cheong memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-40.
Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed kemudian meminta pihak pembelaan dibenarkan menangguhkan pemeriksaan balas terhadap Kok kerana Muhammad Shafee sedang mengendalikan satu lagi kes di Mahkamah Tinggi lain pagi ini.
Collin mengarahkan agar Wan Aizuddin mengambil tempat Muhammad Shafee jika beliau tidak dapat hadir.
"Mulai sekarang, jika Tan Sri Shafee tidak dapat menjalankan pemeriksaan balas, anda (Wan Aizuddin) perlu melakukannya.
"Saya telah bertolak ansur, anda semua (Muhammad Shafee dan pasukannya) mempunyai pasukan yang besar dan anda (Wan Aizuddin) berkemampuan untuk melakukan (pemeriksaan balas) kerana anda sudah biasa dengan fakta kes ini," tegas Collin.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Muhammad Shafee Abdullah
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan