KUALA LUMPUR: Cita-cita Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman untuk menjadi peguam sejak kecil akhirnya tercapai selepas diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.
Hakim Shahnaz Sulaiman, yang mempengerusikan upacara 'long call' di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis, membenarkan petisyen Ab Karim selepas tiada bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Selangor.
Ab Karim, 66, yang mula berkhidmat dalam bidang perundangan sejak 1983, akan bersara pada Jumaat.
Terdahulu, peguam Datuk N. Sivananthan yang bertindak sebagai pengusul, ketika membacakan petisyen Ab Karim berkata pempetisyen telah memfailkan permohonan penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara kerana cita-cita beliau sejak kecil untuk bergelar peguam tidak pernah padam ditambah pula dengan dorongan serta sokongan kuat isteri tercinta.
"Pada hari bersejarah ini, pempetisyen memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada almarhum ibu dan ayah pempetisyen yang sentiasa menjadi pendorong dan inspirasi dalam hidupnya.
"Tidak lupa ucapan terima kasih kepada isteri tercinta, anak-anak dan keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
"Terima kasih juga kepada semua insan yang pernah bergelar guru kepada pempetisyan atas segala ilmu yang diberikan dan juga kepada pegawai serta kakitangan mahkamah yang memudahkan urusan petisyen ini," kata Sivananthan sambil menambah Ab Karim seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Beliau berkata pempetisyen, yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya, telah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara dan ditempatkan di pelbagai kementerian serta jabatan antaranya sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Kanan Persekutuan.
Katanya Ab Karim pernah berkhidmat sebagai Majistret, Penolong Kanan Pendaftar dan Hakim Mahkamah Sesyen serta dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 2013 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 27 April 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
Cita-cita Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman untuk menjadi peguam sejak kecil akhirnya tercapai selepas diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya. - Foto BERNAMA
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
AWANI Ringkas: Program Geran Kreatif KL 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/05/2024] – Kalau Ada Laporan, Ada Siasatan | Sudah Teliti Dan Periksa | Pelaburan Strategi Semikonduktor | 16 Peratus Daripada Baki Litupan Hutan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
AWANI Ringkas: Industri semikonduktor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun: Lelaki ditahan kerana cipta perisian hasad guna AI generatif
Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma.
Ekonomi Islam global berpotensi raih pertumbuhan besar - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata industri halal misalnya terbukti menjadi salah satu sektor paling kompetitif dan pantas di dunia.
Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya.
Cuaca panas boleh sebabkan sakit kulit
Lembaga Tabung Haji (TH) mengulangi nasihat kepada jemaah haji supaya menjaga kesihatan diri termasuk penjagaan kulit kerana cuaca panas menyebabkan jemaah mudah mendapat penyakit kulit seperti ruam dan gatal-gatal yang akan menggangu tumpuan kepada beribadah.
[KOLUMNIS] Kuasa penyiasatan SPRM terhadap Hakim Mahkamah Tinggi
Tiada sesiapa atau pihak yang berhak dikecualikan daripada penyiasatan oleh penguat kuasa undang-undang, sama ada anggota pentadbiran, badan perundangan atau badan kehakiman.
Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.