Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar, pada Rabu menegur pihak pembelaan kerana mengajukan soalan sama kepada saksi pendakwaan kelima, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat teguran itu selepas peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh berulang kali bertanyakan soalan mengenai dakwaan Mahdzir menerima wang RM50,000 seperti yang disiarkan di dalam artikel sebuah akhbar tempatan dan penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kamu sudah menyoalnya. Kenapa mengulangi soalan yang sama?” tegur Mohamed Zaini menyebabkan seorang lagi peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader mencelah: "Ia membabitkan wang jutaan ringgit".
Hakim itu seterusnya bertanyakan kepada Jagjit berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk pemeriksaan balas dan peguam itu menjawab “tidak lama lagi.”
Jawapannya itu menyebabkan Mohamed Zaini memutuskan untuk menyambung prosiding pada sebelah petang, dan ketika semua pihak terlibat dalam kes itu meninggalkan bilik bicara, Rosmah dilihat tidak berganjak dari tempat duduk tertuduh.
Tindakannya itu menyebabkan Jagjit mengemukakan permohonan supaya mahkamah bersidang semula dan beliau kemudian memohon supaya prosiding sebelah petang dilapangkan atas alasan anak guamnya tidak sihat.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan perbicaraan bersambung esok.
Terdahulu ketika pemeriksaan balas oleh Jagjit, Mahdzir, 59, memberitahu mahkamah, beliau tidak tahu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin dan rakan kongsinya, Rayyan Radzwill Abdullah telah ditahan oleh SPRM dan saksi itu juga tidak tahu Rayyan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Jagjit bahawa semasa proses rakaman percakapan, Saidi dan Rayyan telah memaklumkan kepada SPRM bahawa terdapat bayaran sebanyak RM50,000 dibuat kepadanya (Mahdzir).
Jagjit: Sebab itu terdapat laporan berita mengenai "Menteri Dijanjikan Habuan" dan dakwaan kamu terima RM50,000.
Mahdzir: Saya tidak ingat.
Mahdzir, yang memberi keterangan selama empat hari dalam perbicaraan kes itu juga menafikan beliau telah ditahan reman oleh SPRM berhubung perkara itu dan tidak bersetuju dengan cadangan Jagjit bahawa beliau tidak akan dituduh di mahkamah sekiranya membantu pihak Jabatan Peguam Negara dengan menjadi saksi dalam kes ini.
Kepada cadangan lain oleh Jagjit, bekas menteri itu berkata tiada keperluan untuk beliau memaklumkan kepada Kabinet dan Dewan Rakyat mengenai ketidakmampuan Jepak Holdings membekalkan diesel dan menyelenggara genset diesel untuk 369 buah sekolah di Sarawak berikutan projek itu adalah di bawah Kementerian Pendidikan.
“Jadi tidak perlu ‘bawa keluar’ (dari kementerian),” kata naib presiden UMNO itu.
BACA: Rosmah 'naik angin', enggan tinggalkan bilik bicara
Rosmah, 68, berdepan tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 Sept, 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 12 2020
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi bagi menghadiri prosiding perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, 12 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Okt ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Okt ini.
Harga runcit RON97 dan diesel turun lagi 6 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.