MALAYSIA
Hakisan di pantai Teluk Batik akibat ombak besar, aktiviti riadah dilarang
Penyelia Unit Pengurusan dan Pelancongan Teluk Batik, Mazzua Amran menunjukkan keadaan pantai yang terhakis susulan ombak yang kuat di Pantai Teluk Batik. - Foto BERNAMA
LUMUT: Fenomena ombak besar setingggi kira-kira dua meter yang berlaku buat kali pertama di pusat peranginan Teluk Batik telah mengakibatkan kawasan persisiran pantai itu terhakis teruk sejak tiga hari lepas.
Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati berlaku hakisan pantai sepanjang kira-kira 200 meter sehingga menyebabkan beberapa pokok kelapa dan pokok ketapang musnah serta permukaan pantai terhakis dengan mendadak dihempas ombak besar.
Penyelia Unit Pengurusan dan Pelancongan Teluk Batik, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Mazzua Amran berkata fenomena hakisan pantai itu turut disebabkan oleh kejadian air pasang dan hujan lebat berterusan selama 24 jam bermula dari Ahad hingga Isnin lepas.
"Semalam, pasukan daripada MPM yang diketuai oleh YDP (Muhammad Faizal Shah Safian Suri) sendiri turun padang kira-kira pukul 5.30 petang untuk melihat sendiri kejadian ombak besar yang menghempas pesisir pantai Teluk Batik.
"Berikutan kejadian itu, pihak MPM bersama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menaikkan bendera merah di sekitar kawasan ini dan pihak MPM juga mengeluarkan satu arahan tidak membenarkan aktiviti air bermula dari semalam," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Mazzua berkata aktiviti air berkenaan termasuklah riadah, mandi-manda, memancing dan aktiviti berkelah yang tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan semula oleh pihak MPM.
"Kita, sebagai pihak pengurusan Teluk Batik juga akan membuat pemantauan secara berkala setiap dua jam.
"Kita akan merujuk ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan berdasarkan cuaca yang kita akan lihat sendiri. Kalau dalam minggu ini keadaan baik, kita akan buka semula untuk aktiviti air," katanya.
Beliau berkata keadaan pantai itu berisiko berlaku kemalangan susulan terdapat ranting atau pokok yang tumbang dibadai fenomena ombak besar terbabit.
-- BERNAMA