Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi akan melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 26 Feb hingga 1 Mac, dengan perkara berkaitan haji dan kuota di samping memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang berkaitan, akan menjadi agenda utama.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan negara sulung ke Malaysia oleh Raja Salman, yang menaiki takhta pada 23 Jan 2015, adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Beliau berkata kali terakhir Raja Arab Saudi melawat Malaysia adalah pada 2006 oleh almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Almarhum Raja Faisal Abdulaziz al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.
Bercakap kepada pemberita berhubung lawatan Raja Salman, Anifah berkata hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi adalah kukuh.
"Terdapat hubungan peribadi yang akrab antara Kerabat Diraja Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia. Arab Saudi dan Malaysia telah memperluaskan asas hubungan kedua-dua negara dengan mempertingkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji," katanya.
Raja Salman akan diiringi delegasi 600 anggota terdiri daripada kerabat diraja dan menteri kabinet, kata Anifah.
Baginda akan turut membawa bersama 200 pemimpin industri dan ahli perniagaan yang akan menghadiri forum perniagaan pada 28 Feb di Kuala Lumpur, katanya.
"Kami mengharapkan lawatan yang produktif, dan banyak perkara diberi peluang untuk dibincangkan secara jujur dan meyakinkan," katanya.
Arab Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah, dan perdagangan antara kedua-dua negara menyaksikan peningkatan 19.8 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan kini berjumlah RM13.12 bilion.
Hampir 60 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah berkaitan produk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit, jentera, peralatan dan perlengkapan, makanan diproses serta produk elektrik dan elektronik, katanya.
"Bagaimanapun, masih ada banyak skop untuk diperluaskan," kata Anifah.
Menyentuh tentang kerjasama selanjutnya, Anifah berkata Malaysia melihat kerjasama lebih akrab untuk dijalin dengan Arab Saudi, antara lain, dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan tinggi, latihan dan bina upaya.
Di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), yang ditadbir oleh Kementerian Luar, beliau berkata 81 pegawai kerajaan Arab Saudi mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia.
Mengenai pelancongan, Anifah berkata ia merupakan satu lagi sektor yang berbaloi untuk diteroka dan diperluaskan berikutan jumlah kedatangan pelancong Arab Saudi ke Malaysia melonjak hampir 24 peratus tahun lepas.
"Ini menjadikan Arab Saudi pasaran utama pelancongan bagi Malaysia dalam kumpulan Asia Barat," katanya.
Pelaburan antara Malaysia dan Arab Saudi ketika ini telahpun berada pada tahap yang mantap, kata Anifah.
"Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas, pelaburan Malaysia telah dipelbagaikan dan kita kini menyertai sektor lain, selain industri berkaitan haji," katanya.
Anifah berkata Malaysia adalah negara pertama dalam lawatan Raja Salman ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.
Beliau berkata upacara sambutan rasmi akan diadakan di Dataran Parlimen pada hari keberangkatan tiba Raja Salman pada Ahad, yang akan disusuli dengan kunjungan baginda ke atas Yang di-Pertuan Agong pada hari sama.
Raja Salman turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari berikutnya, dan diikuti dengan mesyuarat delegasi.
Universiti Malaya akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Raja Salman pada Isnin manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik pada Selasa," katanya.
Anifah berkata Raja Salman turut berkenan menerima menghadap mufti dari negeri-negeri di Malaysia untuk membincangkan perkara berkaitan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi akan melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 26 Feb hingga 1 Mac. - foto REUTERS/Yuya Shino
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Resit tular: Polis rekod keterangan lapan individu
Polis telah merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penduduk terkejut, bimbang
Penduduk kampung Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Impak lawatan PM kepada perdagangan, pelaburan Malaysia
Temu bual bersama Pengarah Urusan CSQ International Consulting, Shamsul Qamar Abd Rani dalam melihat kepada impak perdagangan dan pelaburan Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.