awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah

Bernama
Bernama
04/11/2023
21:20 MYT
Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah
Rubiah berkata, UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan KPT. - Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menggerakkan projek khas, Hala tuju TVET MARA bagi memperkukuhkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih mampan di semua Institut Pendidikan MARA (IPMa).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, sebagai pelopor bidang Pendidikan Tinggi dan Latihan dan Vokasional Teknikal (HTVET) di Malaysia, MARA menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkasakan bidang TVET.
"Pihak kerajaan juga akan terus mendukung pendidikan TVET yang diperjuangkan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) termasuk menyokong perancangan pembukaan kampus baharu di Perlis dan Pahang," katanya dalam sembah ucapan pada Majlis Konvokesyen ke-20 UniKL, di sini, pada Sabtu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UniKL berkenan berangkat menyempurnakan majlis konvokesyen itu.
Rubiah berkata, UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekali gus membuktikan kualiti TVET dan IPMa.
Selain itu, beliau berkata, tiga subjek yang ditawarkan UniKL tersenarai dalam Times Higher Education World University Rankings by Subjects 2023 manakala penyelidik Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET), Prof Madya Dr Norzahir Salawe tersenarai sebagai World Top Two Percent Scientist oleh Standford University selama tiga tahun berturut-turut.
"Di peringkat kebangsaan pula, prestasi UniKL sebagai sebuah universiti yang unggul dalam kualiti pendidikan dan berimpak tinggi turut diiktiraf dan mencapai taraf 'berdaya saing' menerusi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) oleh KPT," katanya.
Seramai 6,039 graduan terbabit dalam majlis konvokesyen bagi 2023, diadakan sebanyak lapan sesi bermula hari ini hingga 7 November. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#TVET
#Datuk Rubiah Wang
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan