MALAYSIA
Halang laluan lebuh raya: Dua lagi ejen kereta ditahan
Ketiga-tiga suspek merupakan ejen tarik kereta yang bertindak menghentikan kenderaan secara melintang di lebuh raya untuk menarik sebuah kereta, menyebabkan gangguan trafik. -Gambar fail/Sinar Harian
REMBAU: Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi telah ditahan polis pada Jumaat.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, penahanan itu menjadikan keseluruhan tiga individu telah ditahan berkaitan kes berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau sekitar jam 12 tengah malam.
“Mereka ditahan untuk membantu siasatan dan telah direman selama dua hari bermula Sabtu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum ini, tular video berdurasi 35 saat di media sosial yang memaparkan tiga buah kereta berhenti secara melintang di lebuh raya sehingga menghalang aliran trafik.
Susulan kejadian itu, seorang lagi lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam Rabu lalu dan direman selama empat hari.
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek merupakan ejen tarik kereta yang bertindak demikian bagi tujuan menarik sebuah kenderaan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambah beliau, setakat ini, pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu masih belum membuat laporan polis. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun ditahan pada 5 Julai 2025 kerana menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran R&R Pedas-Linggi, menjadikan tiga individu ditahan setakat ini.
- Ketiga-tiga suspek merupakan ejen tarik kereta yang bertindak menghentikan kenderaan secara melintang di lebuh raya untuk menarik sebuah kereta, menyebabkan gangguan trafik.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987, sementara pemilik kenderaan yang terlibat masih belum membuat laporan polis.