MALAYSIA
  
            Halang urus aset di Jersey, permohonan Na'imah jadi pencelah diputuskan 13 Nov
SPRM memohon perintah sekatan bagi mengekalkan status quo semasa siasatan terhadap aset yang didakwa tidak diisytiharkan kepada LHDN. - Gambar fail/Bernama
            
      KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Nov ini untuk keputusan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi menjadi pencelah dalam permohonan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ringkasan AI
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan Siti Amira Muhammad Ali mewakil SPRM serta peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au, mewakili Na'imah.
"Saya perlu masa untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Tarikh keputusan ditetapkan pada 13 Nov ini, 9 pagi," katanya.
SPRM selaku pendakwa raya memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) untuk menghalang balu Tun Daim Zainuddin itu atau mana-mana pihak berkaitan dengannya daripada menguruskan aset luar pesisir berjumlah AS$157.5 juta (kira-kira RM667 juta) dan 85 juta pound (kira-kira RM4.9 bilion) yang terletak di Jersey, sebuah wilayah naungan Mahkota British.
Terdahulu, Mahadi berhujah bahawa aset berkenaan bernilai lebih RM1 bilion dan pihak pendakwaan memohon perintah sekatan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan terhadap aset tersebut.
Beliau berkata afidavit sokongan difailkan oleh pencelah (Na'imah) tidak menyatakan kaitan beliau dalam aset-aset berkenaan dan ia tidak dijelaskan secara terperinci menerusi afidavit itu selain tidak menyatakan peranan Na'imah dalam syarikat-syarikat terlibat.
"Sekiranya ingin menjadi pencelah, individu itu perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa beliau ada 'legal interest' ke atas aset-aset itu dan perlu menunjukkan kepada mahkamah, haknya akan terjejas dengan perintah mahkamah ini.
"Kami hanya ingin mengekalkan 'status quo' dalam tempoh siasatan dan sekiranya tiada kesalahan dikesan, kami akan membatalkan permohonan ini," katanya dan menambah tiada asas untuk Na'imah mencelah dalam permohonan tersebut.
Sementara itu, Abraham berhujah bahawa pihak pendakwa raya menerusi afidavitnya menyatakan permohon perintah larangan itu dibuat berdasarkan kesalahan predikat yang sedang disiasat terhadap Na'imah.
"Oleh itu jelas bahawa ia berkaitan dengan harta milik pencelah," katanya yang memohon agar permohonan anak guamnya untuk menjadi pencelah dibenarkan oleh mahkamah.
Pada 25 Jun lepas, SPRM memfailkan permohonan ex-parte itu mendakwa aset berkenaan diperoleh Na'imah atau individu yang mempunyai kaitan dengan beliau di Malaysia dan tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) susulan siasatan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA.
Ini merupakan permohonan ketiga difailkan pihak pendakwaan selepas dua permohonan terdahulu membabitkan aset di United Kingdom dan Singapura.
Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan bahawa lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Daim, keluarganya dan proksi.
Azam berkata maklumat terkini menunjukkan aset terbabit tidak diisytiharkan semasa siasatan SPRM pada 2023.
-- BERNAMA
               
            
 
    
            Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi tetapkan 13 November untuk keputusan permohonan Toh Puan Naimah Abdul Khalid menjadi pencelah dalam permohonan SPRM berkaitan aset luar pesisir bernilai lebih RM1 bilion di Jersey.
- SPRM memohon perintah sekatan bagi mengekalkan status quo semasa siasatan terhadap aset yang didakwa tidak diisytiharkan kepada LHDN, manakala peguam Naimah berhujah aset tersebut milik anak guamnya.
- Permohonan difailkan di bawah AMLATFPUAA 2001 susulan siasatan pengubahan wang haram dan cukai pendapatan; ini adalah permohonan ketiga selepas aset di UK dan Singapura, dengan lapan kertas siasatan dibuka berdasarkan maklumat baharu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan Siti Amira Muhammad Ali mewakil SPRM serta peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au, mewakili Na'imah.
"Saya perlu masa untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Tarikh keputusan ditetapkan pada 13 Nov ini, 9 pagi," katanya.
SPRM selaku pendakwa raya memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) untuk menghalang balu Tun Daim Zainuddin itu atau mana-mana pihak berkaitan dengannya daripada menguruskan aset luar pesisir berjumlah AS$157.5 juta (kira-kira RM667 juta) dan 85 juta pound (kira-kira RM4.9 bilion) yang terletak di Jersey, sebuah wilayah naungan Mahkota British.
Terdahulu, Mahadi berhujah bahawa aset berkenaan bernilai lebih RM1 bilion dan pihak pendakwaan memohon perintah sekatan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan terhadap aset tersebut.
Beliau berkata afidavit sokongan difailkan oleh pencelah (Na'imah) tidak menyatakan kaitan beliau dalam aset-aset berkenaan dan ia tidak dijelaskan secara terperinci menerusi afidavit itu selain tidak menyatakan peranan Na'imah dalam syarikat-syarikat terlibat.
"Sekiranya ingin menjadi pencelah, individu itu perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa beliau ada 'legal interest' ke atas aset-aset itu dan perlu menunjukkan kepada mahkamah, haknya akan terjejas dengan perintah mahkamah ini.
"Kami hanya ingin mengekalkan 'status quo' dalam tempoh siasatan dan sekiranya tiada kesalahan dikesan, kami akan membatalkan permohonan ini," katanya dan menambah tiada asas untuk Na'imah mencelah dalam permohonan tersebut.
Sementara itu, Abraham berhujah bahawa pihak pendakwa raya menerusi afidavitnya menyatakan permohon perintah larangan itu dibuat berdasarkan kesalahan predikat yang sedang disiasat terhadap Na'imah.
"Oleh itu jelas bahawa ia berkaitan dengan harta milik pencelah," katanya yang memohon agar permohonan anak guamnya untuk menjadi pencelah dibenarkan oleh mahkamah.
Pada 25 Jun lepas, SPRM memfailkan permohonan ex-parte itu mendakwa aset berkenaan diperoleh Na'imah atau individu yang mempunyai kaitan dengan beliau di Malaysia dan tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) susulan siasatan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA.
Ini merupakan permohonan ketiga difailkan pihak pendakwaan selepas dua permohonan terdahulu membabitkan aset di United Kingdom dan Singapura.
Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan bahawa lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Daim, keluarganya dan proksi.
Azam berkata maklumat terkini menunjukkan aset terbabit tidak diisytiharkan semasa siasatan SPRM pada 2023.
-- BERNAMA
 
            
              
    
      #mohon menjadi pencelah
    
  
    
      #Na'imah Abdul Khalid
    
  
    
      #pengubahan wang haram
    
  
    
      #Daim Zainuddin
    
  
    
      #SPRM
    
  
    
      #aset luar pesisir
    
  
    
      #United Kingdom
    
  
    
      #terkini
    
  
    
      #jersey
    
  
            
            
  