awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halim Saad nafi disiasat SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2023
06:30 MYT
Halim Saad nafi disiasat SPRM
Jumaat lalu, media melaporkan SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tokoh perniagaan, Tan Sri Halim Saad menyangkal laporan media mendakwa beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng sejumlah RM2.3 bilion.
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), ahli perniagaan tersebut menafikan dakwaan bahawa beliau dipanggil SPRM berhubung siasatan pembelian saham syarikat tersenarai oleh sebuah konglomerat Malaysia pada 26 tahun lalu.
"SPRM tidak memanggil saya untuk disoal siasat mengenai isu itu," kata bekas Pengerusi Eksekutif Renong Bhd itu kepada FMT.
Jumaat lalu, media melaporkan SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara.
Laporan berkenaan yang memetik sumber menyatakan, SPRM mula menyiasat kedua-dua individu terbabit selepas nama mereka tersenarai dalam Pandora Papers, sebagai watak yang mempunyai kaitan dengan tempat berlindung cukai luar pesisir.
Halim yang sekarang ini berkecimpung dalam industri minyak dan gas (O&G) di luar negara, membidas laporan akhbar The Edge yang mengaitkan dirinya dalam pemerolehan saham bernilai RM2.3 bilion.
Dalam laporan The Edge sebelum ini, sumber SPRM dikatakan mengesahkan transaksi berkenaan membabitkan pembelian 32.6 peratus kepentingan atau 722.9 juta saham dalam Renong Bhd oleh United Engineers (M) Bhd (UEM) pada harga RM2.3 bilion pada November 1997, sewaktu krisis kewangan Asia.
The Edge juga bertindak menerbitkan semula tiga artikelnya mengenai pemerolehan saham Renong UEM dari November 1997 untuk 'menyegarkan ingatan pembacanya'.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Halim Saad
#SPRM
#seleweng dana negara
#Renong UEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan