NATIONAL
Hamas nafi ketua sayap tentera Mohammed Deif terkorban

Israel mendakwa Mohammed Deif (foto) terbunuh dalam serangan udara di Gaza, yang merupakan percubaan kelapan untuk membunuhnya. -Gambar fail/Sinar Harian
TEHRAN: Kumpulan Palestin, Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang berpangkalan di London, yang mendakwa ketua sayap tentera kumpulan itu Mohammed Deif telah terbunuh, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Ringkasan AI
- Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang mendakwa ketua sayap tenteranya, Mohammed Deif, telah terbunuh.
- Hamas menggesa media untuk melaporkan dengan tepat dan profesional, menegaskan bahawa laporan tersebut tidak benar.
- Israel mendakwa Deif terbunuh dalam serangan udara di Gaza, yang merupakan percubaan kelapan untuk membunuhnya.
Deif merupakan pemimpin sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam.
Rejim Israel pada 1 Ogos mendakwa bahawa Deif terbunuh dalam serangan udara di bandar Khan Yunis, selatan Gaza, dua minggu sebelumnya.
Serangan itu merupakan percubaan kelapan oleh Israel untuk membunuh Deif.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami