MALAYSIA
Hamizi didakwa tetak sepupu isteri hingga maut
Hamizi (tiga, kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat hari ini.
TUMPAT: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh sepupu isterinya hingga kaki kanan serta tangan kiri terputus akibat ditetak.
Ringkasan AI
Tertuduh, Hamizi Hamzah, 45 didakwa di hadapan Majistret, Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada buruh binaan berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Mohd Shuhairi Hasim, 46, di Kampung Kok Bedullah di sini pada jam 11.20 malam, Jumaat lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes ditetapkan pada 28 Januari tahun depan untuk sebutan semula.
Di mahkamah sama, tertuduh juga didakwa atas kesalahan menggunakan dadah jenis methamphetamine di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada Sabtu lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan kes ditetapkan pada tarikh sama bagi laporan patologi serta kimia.
Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang juga bapa tunggal serta bekerja sebagai pemandu jentolak, maut selepas dipercayai ditetak bertubi-tubi dengan parang di beberapa bahagian badan termasuk kepala.
Siasatan awal polis mendapati punca kejadian berpunca daripada dendam lama berkaitan isu tanah pusaka, selain berang kerana video anak disunting dalam keadaan tidak senonoh dan ditularkan. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Hamizi Hamzah, 45, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh sepupu isterinya, Mohd Shuhairi Hasim, 46, yang maut akibat ditetak sehingga kaki dan tangan terputus, dengan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Tertuduh turut didakwa atas kesalahan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan mengaku bersalah, dengan hukuman mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Januari tahun depan.
- Siasatan awal polis mendapati motif pembunuhan berpunca daripada dendam lama berkaitan isu tanah pusaka serta kemarahan terhadap penyebaran video anak dalam keadaan tidak senonoh.